Thursday, 17 May 2012

Jemput-jemput kucai.


Assalamualaikum dan selamat pagi.
Sarapan mudah,ringkas dan senang nak buat.Jemput2 kucai atau cekodok kucai ni memang feveret sis dari kecil sampai la tua ni.Pantang ada kucai mesti nak buat jemput2 macam ni.Memang sedap makan panas2 cicah dengan sos Thai.Biasanya sis akan bancuh adunan ni guna air suam...ni kira petua la nak bagi jemput2 yang kita buat tu garing di luar dan lembut di dalam.Maaf ye,sis tak pernah sukat bahan2 untuk buat cekodok kucai ni...main agak2 aje.Sape2 yang belum pernah makan jemput2 kucai ni.... jom cuba buat.

Jemput-jemput Kucai
Resepi:Norzie hany

Bahan2nya:
  • Tepung gandum
  • Kucai-potong
  • Bawang besar-hiris kecil2
  • Udang/Ikan bilis-suka hati
  • Cili hijau-hiris kecil2
  • 1 biji telur
  • Garam secukup rasa
  • Air suam secukupnya.
  • Minyak untuk mengoreng

Caranya:
  1. Satukan semua bahan2 dan gaul hingga sebati.Biarkan 5 minit.
  2.  kemudian goreng dalam minyak panas.Bila jemput2 dah kekuningan angkat dan toskan.
  3. Bolehlah dihidangkan untuk sarapan pagi atau minum petang.

13 comments:

  1. jemput2 kucai.. sedap... tp sy jarang buat..

    ReplyDelete
  2. sedapnya tgk cucur kucai tu...lum penah cuba lg...sedap mkn dgn sos lingam cucur mcm ni..hehe

    ReplyDelete
  3. Masa menggoreng mesti aromanya satu dapur Norzie... cecah dgn sos buat sendiri lagi sedap:)

    ReplyDelete
  4. nampak sedap je...nak cubelak t

    ReplyDelete
  5. benda yg ringkas2 tu yg sedap... huhuhuhu

    ReplyDelete
  6. ehhh... jemput2x ikan bilis yee... sedap2x... menu utama ketika serapan pagi nak ke sekolah suatu ketika dahulu...

    ReplyDelete
  7. Suka juga... Kalau garing kat luar memang sedap. Tapi AI tak suka makan jemput2. Selalu pergi rumah mak baru boleh makan.

    ReplyDelete
  8. rajin betol la akak..tp makan petang2 mau terangkap..ada plak teh 'O' panas..lagi melekat..hihi..

    ReplyDelete
  9. buat minum ptg mmg sesuai sangat..
    mkn masa panas2 lagi la sedap..

    ReplyDelete
  10. Salam Norzie..cantik header baru!.Sedap jemput2 ni bila di mkn panas2 ngan kuah kacang/sos cili :D

    ReplyDelete
  11. tak pernah lagi makan jemput2 kucai.. selalu sy buat jemput2 ikan bilis jek.. boleh try nanti..:)

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
Sila tinggalkan komen anda di sini.