Wednesday, 2 May 2012

Ayam sos tiram bercili



Assalamuaikum dan terima kasih kepada rakan2 yang sudi singgah di blog ni.
Ayam sos tiram bercili ni saya masak untuk makan tengahari tadi...lambat sikit saya post.Resepi ni saya terjumpa dalam majalah mingguan wanita.Sedap makan dengan nasi panas2....ada rasa pedas dan manis2 sos cili.Masaknya pun senang aje.Jom kita berkongsi resepinya.

Ayam Sos Tiram Bercili.
Oleh:Norzie hany
Sumber-Majalah Mingguan Wanita 2008

Bahan-bahannya;-
600 gm ayam-di potong 8
1 sudu kecil serbuk kunyit
Minyak secukupnya
Garam secukup rasa
Cili merah-di hiris
Cili hijau-dihiris-(saya tambah)
2 tangkai daun bawang-potong 1 inci(tak letak)
1 biji bawang besar-dipotong bulat-(saya tambah)
Buah tomato-di potong(saya tambah).

Bahan kisar:
6 biji cili merah
2 biji bawang besar
7 ulas bawang putih
1 inci halia

Bahan-bahan sos:
1 sb kicap pekat
6 sb sos cili
5 sb sos tiram

Cara memasak:-
1- Perap ayam bersama serbuk kunyit dan garam.
2-Goreng ayam dalam minyak panas secukupnya hingga kekuningan,Angkat dan ketepikan.
3-Panaskan 5 sudu minyak,tumis bahan2 kisar hingga naik bau.
4-Kemudian masukkan bahan2 sos,garam dan diikuti ayam.
5-Gaul sebati dan masak hingga kuah menjadi pekat.
6-Akhir sekali masukkan buah tomato,cili merah,cili hijau dan bawang gaul semua.
7-Angkat dan hiaskan dengan daun bawang.

9 comments:

  1. nmpk sedap sgt kak..saya mmg suka lauk mcm ni...

    wah..blog akak dh cantik sagt ni tau..

    ReplyDelete
  2. salam norzie
    aiishhh melampau wat kita kecur jew kan..ada lg x tue?..he hhee

    ReplyDelete
  3. pasti menjilat jari time makan ayam ni kan..

    ReplyDelete
  4. myelerakan dan mbangkitkan selera betul la lauk ayam tu...pasti sedap ni...

    ReplyDelete
  5. sedapnya kak.. sy pun klu masak suka guna sos tiram.. lg sedapkan..

    ReplyDelete
  6. Sedapnya Norzie masak nie...

    ReplyDelete
  7. Ya Allah sedapnya tgk. Nak cubalah nanti

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
Sila tinggalkan komen anda di sini.