Sunday, 29 April 2012

Kuih vadai


Assalamualaikum dan selamat petang.Terima kasih kepada rakan2 yang sudi berkunjung di sini.Sekejap aje masa berputar,hari pun dah petang.Inilah juadah minum petang kami... kuih vadai aje.Kebetulan masih ada baki kacang dal yang buat rempeyak hari tu,saya rendam dan buat kuih vadai ni.Adunan ni saya goreng cukup2 untuk makan aje,selebihnya saya simpan dalam peti ais bila rasa nak makan baru goreng.Kuih vadai ni memang sedap makan panas2 dan biasanya orang India akan makan dengan cili hijau. Jom kita tengok resepinya.

Kuih Vadai
Oleh:Norzie hany
Bahan-bahannya:-

  • 400 gm kacang dal-rendam semalaman
  • 1 sudu besar jintan manis
  • 2 ulas biji bawang besar-di hiris nipis
  • 4 biji cili kering-potong kecil
  • Daun kari-dihiris halus
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk mengoreng
Cara membuatnya:-

  1. Kacang dal dibahagi dua,separuh kisar/blender halus dengan sedikit air dan separuh lagi kisar sedikit sahaja.
  2. Satukan semua kacang dal yang dikisar tadi kedalam mangkuk besar dan masukkan semua bahan2 yang lain.Gaul adunan hingga sebati.
  3. Panaskan minyak ambil sedikit adunan leperkan dan bolehlah di goreng hingga kekuningan dan agak garing sedikit.
  4. Angkat dan hidangkan bersama cili hijau.

8 comments:

  1. bukan kuih feveret sy.. tp klu ader mkn jugak.. hehe..

    ReplyDelete
  2. Salam kenal2 kak..yana suka bau wangi kuih nii..xpnh bt sndiri lg..slalu beli jer ^__^

    ReplyDelete
  3. Sedapnya kuih vadai nie tp selalu beli je bila nak mkn...

    ReplyDelete
  4. salam Norzie,
    tq kerana sudi bertandang ke blog saya.salam perkenalan juga dari saya..
    Kuih kegemaran saya ni, mmg sedap je kan, lagi2 kalau dapat ratah tepi2 dia yg rangup tu..

    ReplyDelete
  5. Kuih kesukaan atie ni...mmg sedap di makan panas2 :D

    ReplyDelete
  6. mkn ngan sos pun sedap gak ni.. oh my perut, so lapar!

    ReplyDelete
  7. Sedap ke kuih ni, slalu tgk kat restoran India ja ataupun mamak.

    ReplyDelete
  8. Salam kenal daripada Kak Noor. Sedap vadai ni jika dimakan panas-panas. Selalunya bila teringin nak makan, Kak Noor beli kat Jalan Masjid India aje. Tapi kali ni dah ada resepi, bolehlah cuba buat. Lagipun ada lebihan kacang dal di dalam peti ais tu.

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
Sila tinggalkan komen anda di sini.