Friday 27 April 2012

Asam pedas ikan jenahak.

Asam pedas memang terkenal di negeri Melaka.Hubby saya orang Melaka maka inilah lauk kegemarannya.Resepi yang mudah tak payah guna santan segala....campak2 siap,eh ye ke.Kalau nak tahu perbezaan antara asam pedas orang Melaka dan orang Johor,asam pedas orang Melaka mesti ada daun limau purut dan asam pedas orang Johor mereka isi daum kesum.Ikan yang selalu saya masak asam pedas ni.ikan parang dan ikan pari.
Jom kita kongsi resepi asam pedas orang Melaka.

Asam Pedas Ikan Jenahak
Resepi:Norzie hany

Bahan-bahannya:-

  • 3 potong ikan jenahak ( suka hati)
  • 5 batang kacang bendir.
  • 1 biji buah tomato-belah 4
  • 1 batang serai-di ketuk
  • Daun limau purut
  • Minyak untuk menumis
  • Air secukupnya
  • Air asam jawa secukupnya
  • Garam secukup rasa.
bahan kisar:-

  • 10 tangkai cili kering
  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci kunyit hidup
  • sedikit halia
  • Belacan
Cara memasak:-

  1. Panaskan sedikit minyak dan tumis serai sebentar.
  2. Masukan bahan yang dikisar dan masak sehingga naik bau .
  3. Masukan air asam jawa dan air secukupnya(jangan terlalu cair).
  4. Masukan daun limau purut,ikan dan kacang bendir kedalam kuah yang telah mendidih.
  5. Masukan garam secukup rasa dan buah tomato yang telah dipotong 4.
  6. Apabila masak bolehlah angkat dan dihidangkan.

8 comments:

  1. Hmmm...nampak memang menyelerakan! ^_^

    ReplyDelete
  2. Sedapnya,hubby Hany(nak panggil Norzie ke hany?)Melaka kat mana,hubby Kak Nurul pun org Melaka juga...

    ReplyDelete
  3. Salam kenal nor,semalam akak pun buat asam pedas,selera kita sama yee....tk 4low

    ReplyDelete
  4. slm kenal Hany...nmpk sedap asam pedas tu...myelerakan...

    ReplyDelete
  5. wahhhh masuk blog ni terus nampak lauk ni..dap nyer :)

    ReplyDelete
  6. Mmmmm... Terlioq aih tk asam pedas ni..Done follow here

    ReplyDelete
  7. salam kenal norzie,kita baru jumpa blog nie..happy cooking..sy follow yer:)

    ReplyDelete
  8. dh lama xmask asam pedas... sedapnya :-)

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
Sila tinggalkan komen anda di sini.