Monday, 7 May 2012

AYAM MASAK KURMA


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Dari semalam cuaca mendung aje.Biasanya lepas sarapan saya mesti tanya hubby nak masak apa hari ni.Selalunya dia akan jawap masak la apa2 yang senang.
Buka peti ais tengok ada ayam...dapat idea.Inilah lauk kami hari ini...ayam masak kurma makan dengan nasi minyak,buat acar jelatah sikit dan goreng papadom(menu mudah).Nampak anak dan hubby berselera sungguh makan,mungkin dah lama saya tak masak ayam masak kurma ni.Ayam masak kurma ni saya tambah sedikit kerisik...rasanya memang berbeza dan sedap berbanding tak isi kerisik.
Jom kita kongsi resepi ayam masak kurma yang sangat sesuai untuk kanak-kanak dan sesiapa yang tak makan masakan pedas.



AYAM MASAK KURMA
Resepi:Norzie hany

Bahan-bahannya:-
  • 500gm ayam -potong
  • 1 paket sebuk rempah kurma babas-campur air jadikan pes.
  • 1000ml santan
  • 1 sudu besar kerisik(tak isi pun boleh)
  • 2 biji kentang-belah empat
  • 1 biji tomato-belah empat
  • 1 biji bawang besar-hiris bulat
  • 2 biji cili hijau-belah dua
  • Garam dan serbuk perasa secukup rasa.
  • Sedikit minyak untuk menumis
Bahan penumis.
  • 2 biji bawang kecil
  • 1 biji bawang putih
  • 1 inci halia
  • Kulit kayu manis,bunga lawang,buah pelaga dan cengkih.
Cara memasaknya:-
1)Tumbuk bawang kecil,bawang putih dan halia.

2)Panaskan minyak dan masukkan bahan penumis.Tumis hingga keperangan.
3)Masukkan pes kurma,kacau sehingga naik bau.
4)Masukkan ayam dan santan.Biarkan sekejap
5)Masukkan kentang dan kerisik
6)Apabila mendidih dan kentang empuk masukkan garam dan serbuk perasa.
7)Akhir sekali bila kuah dah agak pekat sedikit,masukkan bawang besar,cili hijau dan tomato.
8)Angkat dan hidangkan.

16 comments:

  1. thanks ya sbb kasi resipi ni... dulu sy kecik2, suke makan ayam amsak kurma.. nenek saya rajin bwat untuk saya. sam gak ngan mama saya. ^^

    ReplyDelete
  2. nmpk pekat kuahnya tu...mesti sedap...dh lama xmakan...ehhh ye ker?? hehe..

    ReplyDelete
  3. Anak kakain no 3 mmg suka sangat mkn ayam masak kurma ni tau..
    Salam ziarah..

    ReplyDelete
  4. sedap dapat makan dengan nasi yang bertumis ni...

    ReplyDelete
  5. Kak Nurul pun masak ayam kurma hujung minggu ni tadi....

    ReplyDelete
  6. Teringat lauk kenduri la plak. My son suka sangat mkn nasi ngan kuah masak Kurma ni.

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum Norzie,

    Terima kasih ya Norzie kongsi resepi ni,rasa2nya hari ni kak Ros pun nak masak menu macam ni jugak la....teringin la pulak...he.he.he...

    ReplyDelete
  8. uikk... sedap2x...tengok gambar pun dah tahu sedapnyaa walaupun bau tak sampai sini...

    ReplyDelete
  9. Suka juga lauk kurma ni... Pernah buat masa pakcik datang rumah. Tak tengok resepi main buat je... Diorang kata sedap hihi kelakar pula rasanya masa tu :D

    ReplyDelete
  10. sedapnya ayam masak kurma..saya suka versi yang letak kerisik tu..lg sedap kan..

    ReplyDelete
  11. dh terbau2 smpai sini dh.. aduh, laparnye saya!

    ReplyDelete
  12. SAlam... wahh masuk dapur sini ada Ayam Kurma.. dari tadi BW perut lapar... kecur.. singgah mana2 dapur kecur aje tengok gambar.. huaaaa.. nak sikit... nak...

    ReplyDelete
  13. salam kenal..
    emm sedap tu ayam masak kurma..
    panggil sy iza ya..rasa macam muda sangat lak duk panggil adik..hehe
    sy pn ibu pada 3 org cahayamata ^_^

    ReplyDelete
  14. menu raya hampir setiap tahun bondaku, memang sedapkan..

    ReplyDelete
  15. akak...mesti sedap tu..akak pandai masak kan..

    ReplyDelete
  16. Lauk ayam kegemaran saya ni.. Hehe

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
Sila tinggalkan komen anda di sini.