Wednesday, 26 December 2012

WW-Gulai Lemak Nenas Dengan Ikan Duri Masin


Gulai Lemak Nenas Dengan Ikan Duri Masin
Oleh:Norzie hany

Bahan-bahannya:
  • 1 biji nenas sederhana besar-potong sederhana besar
  • 3 keping ikan duri masin-rendam sebentar
  • 2 batang serai-di ketuk
  • 1/2 cawan santan cair
  • 2 cawan pati santan/santan pekat
  • Garam dan gula- secukup rasa
Bahan kisar:
  • 10 tangkai cili padi-boleh kurangkan
  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci kunyit hidup
Cara memasak:
  1. Satukan nenas,serai,santan cair dan bahan kisar di dalam peruik dan masak di atas api yang sedehara hingga mendidih. 
  2. Masukkan ikan duri yang telah direndam tadi dan kacau sebentar.
  3. Masukkan pati santan dan perasakan dengan garam dan gula.
  4. Bila sudah mendidih dan masak bolehlah di angkat.
*Boleh tambah santan pekat jika hendak kuah lebih.


16 comments:

  1. wahhhh sedapnyer.mkn dgn nasi panas2 mau bertambah ni hihi

    ReplyDelete
  2. Kakak minggu lepas ada beli ikan duri masin ingat nak buat macam inilah Norzie tapi tak buat lagi..

    ReplyDelete
  3. sedapnya sis...dh lama tak msk lauk camni...huhu..

    ReplyDelete
  4. sedapnya... lama akak tak masak nenas ikan masin ni... feberet sekeluarga ni :D

    ReplyDelete
  5. Sedap sungguhlah kalau dapat makan nasi panas dengan gulai begini... nak pula musim hujan, hai menambah2lah nasi dalam pinggan dengan kuah lemak tu!

    ReplyDelete
  6. teringin nak makan kak... sedapnya!

    ReplyDelete
  7. wah...sedapnya Kak..
    peberet hubby ni..
    boleh cuba masak sndiri nti..TQ:)

    ReplyDelete
  8. arghhhhh..sedapnyeee..ble try nii

    ReplyDelete
  9. salam norzie..waaa..sedapnya dpt mkn ni ngan nasi panas+sambal belacan+ ulam2 & berplus2 la menambah..hehe

    ReplyDelete
  10. Ya Allah sedapnya kalau makan nasi panas2 tu..

    ReplyDelete
  11. Sedapnya.. Teringin nak makan.

    ReplyDelete
  12. Hujan2 macam ni sedapnya makan nasi panas berpaukkan gulai nenas dengan ikan masin ni.

    Terima kasih Norzie berkongsi resepi.

    ReplyDelete
  13. Wowww!! teruja :D sedapnyer :D

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
Sila tinggalkan komen anda di sini.