Saturday, 22 December 2012

Oseng-Oseng Tempe Shahriah

Assalamualaikum dan salam ceria semua.
Hari ini sis nak share resepi dari seberang Indonesia...masakan orang jawa.Walaupun sis bukan orang jawa tapi masakan berasaskan tempe ni memang fav sangat2.
Oseng-oseng tempe ni antara menu makan tengah hari kami semalam...bahan yang di gunakan pun tak banyak,cara masaknya pun mudah dan rasanya memang sedap sgt2.
Resepi ni sis cnp dari blog CMG dan resepi asal dari blog Shahriah.Terima kasih kepada penyumbang resepi dan sis mohon share di blog ni sebagai rujukkan sendiri dan teman2 yang lain.




Oseng-Oseng Tempe Shahriah
Oleh:Norzie hany

BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 3 keping tempe 
  • 4 cili hijau saiz sederhana, hiris
  • 2 biji cili merah, hiris
  • 3 camca besar sos tiram
  • 2 camca besar sos tomato
  • 4 camca besar kicap manis
  • 1 biji bawang besar, hiris
  • 2 ulas bawang putih, hiris
  • Sedikit gula 
  • Minyak untuk menumis
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Tempe dipotong dadu besar, kemudian goreng tapi jangan sampai garing, kasi goreng lembap2 saja atau embel2. Angkat dan toskan.
  2. Tinggalkan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu dan harum, masukkan sos tiram, sos tomato dan kicap manis, kacau rata dan masukkan sedikit air (anggaran 4 camca besar). Kacau rata.
  3. Masukkan tempe dan hirisan cili hijau/merah, gaul rata dan masak hingga pekat dan sedikit kering. Rasa dan jika perlu tambah sedikit garam dan gula (mat tak letak gula sebab dah terasa manis). Angkat dan hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain.

15 comments:

  1. Askm kak. Suka tempe. Tp skrg takut nak mkn kicap ;)

    ReplyDelete
  2. Kak zan suka tempe...boleh cuba resepi ni..

    TQ singgah blog KZ!

    ReplyDelete
  3. sedapnya kak...terliur saya tgk..

    ReplyDelete
  4. Kalau norzie nak tahu oseng-oseng ini tradisi bangsa kakak. Kami kalau ada kenduri tak tinggal buat ini.

    Kakak suka..

    ReplyDelete
  5. Nampak sedap ni.. Bolehlah cuba nanti. Anak2 dan suami memang suka makan tempe. Terima kasih berkongsi resipi..

    ReplyDelete
  6. nampak sedap pasti nak kena cuba jugak ni lagipun makan tempe kan ke bagus jadi jom lah kita bertempe2 heee

    ReplyDelete
  7. sedapnya tempe lama dah tak makan tempe..

    ReplyDelete
  8. waw sedap nih sebab ada tempe feveret :)

    ReplyDelete
  9. tak suka tempe..xdapat nak cuba lah resepi ni..hihi
    terima kasih sudi follow:)

    ReplyDelete
  10. hari tu kita buat resepi ni, mmg sedap la, walaupun kita org jawa, tapi tak penah pun buat. tgk blog DTS baru sebok nk try. tapi berbaloi2, sehingga menjilat jari. ^__^

    ReplyDelete
  11. nmpk sgt mnyelerakan tp sy xska tempe ..huhuh

    ReplyDelete
  12. kebetulan mmg tgh mencari resepi tempe Norzie..blh la sy cuba nanti.. :)

    ReplyDelete
  13. ehem..mama pun suka makan tempe.. ;)

    ReplyDelete
  14. Pestaim dengar nama ni..yg tau cuma tempe hehehe..Bila tengok gambo cam besttt jer tuh

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
Sila tinggalkan komen anda di sini.