Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Perkongsian resepi untuk hari ini....ayam goreng berempah beriani Dayang.Sebut ayam goreng semua orang sukakan.Kalau selalu kita goreng ayam lumur dengan garam dan kunyit aje,apa kata korang cuba pulak resepi dari Dayang ni.Kerak2 dia memang sedap dan rangup.Bahan2 yang di gunakan pun tak banyak dan cara membuatnya pun mudah.
Sis sertakan resepinya di sini untuk rujukkan semua.Sesiapa yang berminat bolehlah mencuba ye.
Ayam Goreng Berempah Beriani Dayang
Oleh:Norzie hany
Sumber:DayangJack
Bahan-Bahan :
- 1 ekor ayam saiz sederhana (dipotong dan dibersihkan)
- 2 tangkai daun kari
- 2 sudu besar tepung jagung (DJ guna tepung goreng kfc)
- 2 sudu besar rempah beriani (DJ guna 1 peket kecil rempah beriani Faiza)
- 1 sudu besar rempah kari daging
- 1/2 sudu makan serbuk kunyit
- 1/2 sudu besar serbuk cili (-/+)
- sedikit air sejuk (jika perlu)
- 1 sudu makan kicap pekat
- 1 sudu makan pes asam jawa
- garam dan gula secukupnya
Bahan Kisar :
- 6-7 batang serai
- 6 biji bawang merah
- 1 inci halia
- 1/2 inci lengkuas
- 4 ulas bawang putih
Cara-Cara :
- Gaulkan ayam bersama semua bahan di atas dan perapkan 1 jam atau semalaman (simpan dalam peti sejuk).
- Sediakan minyak untuk goreng terendam. Apabila sudah cukup panas, gorenglah ayam hingga masak keemasan.
- Hidangkan bersama nasi putih atau apa-apa sahaja jenis masakan nasi.
***Ayam ni sebelum diperap bersama perencahnya, DJ rebus 1/2 masak terlebih dahulu dan kemudian ditoskan dan barulah diperap. Ini utk mempercepatkan lagi masa memasak dan mengelakkan ia terhangus
Baca dia punya bahan yg digunakan pun kakak dah dapat agak mesti sedap. Aroma serai/daunkari semuanya pasti membuat lebih selera.
ReplyDeleteNorzie...
ReplyDeleteTerima kaseh share resepi..
Akan akak cuba kerana kami mmg suka masak ayam...
nyum3.. menyelerakan sungguh.. leh try ni.. TQ kak =)
ReplyDeleteYa Allah...sedapnye ayam goreng berempah.Nak cubela weekend ni.Nyum2. :)
ReplyDeletefuhhhh... tgh hari ni.... terliur aihh... satg nak pekena briani la.. (tiba2 je)
ReplyDeleteassalam sis
ReplyDeletenampak sedap tqq sis bolehlah nanti try ni
Ingatkan apa kaitannya resepi 'dayang' tu... rupanya Dayang Jack!
ReplyDeleteTentu sedapkan Norzie!