Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Cuaca sekarang memang tak menentukan,kadang2 panas sepanjang hari,kadang2 tu hujan dari pagi sampai petang tapi kat tempat saya selalunya sebelah petang mesti hujan.Time hujan...best juga sejuk aje tapi jangan ada kilat,petir tu yang takut sikit.Kalau time hujan lebat berserta ribut petir memang saya tak berani online....sangat2 bahaya.
Baru2 ni sis ada beli ubi kayu....banyak juga.Hajat tu nak buat macam2 kuih antaranya kuih talam ubi ni.Kalau rajin nak buat bingka dan lepat ubi...tengoklah kalau rajin.
1st time buat kuih talam ubi ni,ikut resepi CMG...tapi lapisan atas tu agak nipis sikit,tak pe la janji sedap.Kuih talam ubi yang enak ni sangat sesuai untuk di buat sarapan pagi atau minum petang.
Terima kasih ye CMG kerana sudi berkongsi resepi dan sis mohon share di blog ni sebagai rujukkan sendiri dan rakan2 yang lain.
Kuih Talam Ubi
Oleh:Norzie hany
Sumber:CMG
BAHAN BAWAH :-)
- 600 gram parutan ubi kayu
- 160 ml santan cair
- 200 gram gula pasir
- 50 gram gula melaka
- Sedikit pewarna coklat
- 1 helai daun pandan
BAHAN ATAS :-)
- 600 ml santan
- 40 gram tepung gandum
- 70 gram tepung beras
- Garam secukup rasa
CARA MEMBUATNYA :-)
UNTUK BAHAGIAN BAWAH :-
- Satukan santan, gula pasir, gula melaka dan daun pandan. Masak dengan api perlahan hingga gula larut. Tapis dan sejukkan.
- Sediakan tin bulat berukuran 9 inci x 3 inci dengan plastik bersih. Sapu sedikit minyak pada plastik tadi. Panaskan kukusan.
- Satukan air gula merah yang telah sejuk tadi bersama ubi parut, kacau rata2 dan tuang dalam tin tadi, ratakan dan kukus
UNTUK LAPISAN ATAS :-
- Bancuh semua bahan untuk lapisan atas kecuali garam, kacau rata dan tambah garam secukup rasa (jangan banyak, kasi rasa lemak saja).
- Tapis bancuhan tadi. Kemudian masak atas api ksederhana hingga bancuhan suam, kacau tanpa henti.
- Tuang perlahan2 atas ubi tadi. Kukus lagi dengan api sederhana selama 25 minit, tutup permukaan tin dengan aluminium tadi. Biar kueh betul2 sejuk sebelum dipotong.
sedapnya dpt mkn kuih talam time cuaca yg sejuk ni....tambh plak dgn teh o atau kopi o....ermmm...mmg sedap lah....:-)
ReplyDeleteSedapnya talam ubi... dulu pernah buat guna resepi CMG juga.. memang mabeles!
ReplyDeletewah sedap nye ujan2 makn kuih talam ubi nih nyum2 ..terliurrr
ReplyDeletesedapnya kak... lama lg sy nak kne berpantang ni..
ReplyDeletesedapnyaaaa..=) lagi2 mkn time hujan,,fuhh=D
ReplyDelete*dulu jiran sebelah rajin bg
salam kak..sedapnya talam ubi kayu ni..tapi nak membuatnya malas..haha..rajin akak yer..
ReplyDeletesalam sis..singgah pagi disini, terjumpa talam ubi..nyum nyum..
ReplyDelete