Monday, 12 November 2012

Asam Pedas Ikan Sembilang

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua.
Ikan sembilang rupanya mirip ikan keli dan perbezaannya ikan sembilang hidup di air masin.Susah juga nak jumpa ikan sembilang ni di jual di pasar2,mungkin ikan ni bermusim agaknya.
Kalau ada ikan sembilang biasanya sis akan masak asam pedas dan bubuh daun kesum lebih sikit.Dapat pulak ikan sembilang segar yang baru naik dari pantai memang sedap betul buat masak asam....manis aje isinya.
Jom kita berkongsi resepinya.



Asam Pedas Ikan Sembilang
Oleh:Norzie hany

Bahan-bahannya:
  • 500 gm ikan sembilang-siang dan bersihkan
  • 3/4 cawan cili kisar
  • 1 batang serai-dititik
  • Sedikit air asam jawa
  • 3 batang kacang bendi
  • Air-secukupnya
  • Segenggam daun kesum
  • Garam dan gula@serbuk perasa-secukup rasa
  • Sedikit minyak-menumis
Bahan kisar
  • 1 biji bawang besar
  • 3 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 sm kunyit hidup
  • Sedikit belacan
Cara-cara:
  1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar bersama cili kisar dan serai hingga naik bau.
  2. Masukkan air bersama air asam jawa.Jangan terlalu cair.
  3. Kacau hingga mendidih,kemudian masukkan ikan dan biar sampai ikan masak.
  4. Akhir sekali masukkan bendi dan perasakan dengan garam,gula@serbuk perasa.
  5. Bila sudah mendidih dan masak bolehlah diangkat.

9 comments:

  1. sedapnya asam pedas...
    lauk semilang mmg best.. saya pun suka.. tapi kalau beli jadi kari ler.. ehehehe

    ReplyDelete
  2. adusss....sedap nie....tekak pun rasa lapaq dh skrg nie :)

    ReplyDelete
  3. saya paling suka msk asam pedas,tp ikan sembilang tu x pernah mkn lagi...

    ReplyDelete
  4. nmpk ni teringt asam pedas ikan pari..sdap yer.... :)

    ReplyDelete
  5. Terliur tgok n3 ni..kebetulan dah tengahari pulak tu...

    ReplyDelete
  6. terliurnya.... mesti sedap ni.

    come & join my GA.

    ReplyDelete
  7. salam kak..ikan semilang memang sedap tp mcm yg akak cakap tu la susah nk dapat..masak asam pedas memang sodap..

    ReplyDelete
  8. assalam sis norzie...

    serius sis sy tak pernah masak ikan sembilang atau makan ikan sembilang ni... hehe.. mungkin bawaan/terikut2 mak yang tak pernah masak/mkn ikan sembilang jd anaknya pun tak reti nak masak/makan... terukkan? dulu ikan keli pun tak berani nak mkn.. tp sejak kawin dgn org kg... barulah berani nak cuba2 mkn ikan keli.. sembilang ni ikan laut may be sebab tu husband pun tak biasa mkn.. jd sampai skrg tak reti nak masak kak..

    ReplyDelete
  9. ikan sembilang memang sedap..kalau ikan pari masak asam pedas pun sedap jugak..ayam pun sedap jugak..aisk,asalkan asam pedas memang sedap lah..! =D

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
Sila tinggalkan komen anda di sini.