Friday, 9 November 2012

Goreng Ubikayu Berempah kak Noor


Assalamualaikum dan selamat petang semua.
Goreng Ubikayu Berempah kak Noor....walaupun tak secantik yang kak noor buat,yang penting rasanya sedap.Time sejuk2 macam ni memang sedap makan ubi kayu ni,tak kira la rebus atau goreng macam ni.Kalau ada ubikayu sis selalu juga buat style goreng macam ni tapi bubuh garam dan kunyit aje.Kalau korang nak cuba ikut resepi kak Noor ni lagi sedap.
Terima kasih ye kak Noor kerana sudi berkongsi resepi ni.



Goreng Ubikayu Berempah
Oleh:Norzie hany
Bahan-bahannya:
  • 2 ketul ubikayu yang sederhana besar dibersihkan dan dipotong memanjang kecil
  • 1/2 sudu besar ketumbar
  • 1/2 sudu besar jintan putih
  • 1/2 inci halia
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 sudu tepung gandum
  • sedikit telur putih (kebetulan ada lebihan buat kek utk meranggupkan gorengan)tapi kalau takde telur pun ok gak rasa nya
  • sedikit kunyit serbuk
  • garam dan gula
  • minyak untuk menggoreng

Caranya:
  1. Perapkan ubikayu yang dihiris tadi dengan segala rempah ratus yg telah ditumbuk kasar selama 15 minit atau lebih.
  2.  campur jugak segala bahan2 sampingan lain seperti serbuk  kunyit, garam ,gula dan telur.
  3. Goreng lah sehingga kekuningan, angkat dan boleh dihidangkan dengan coffee or tea ikut fav masing2 lah.

8 comments:

  1. isyyyyyyyyyyy.. dah la petang2 ni.. sejuk.. lapar.. semua ada.. nampak ubi goreng ni cam nak terkam je.. :( uwaaa tolongggg...!!

    ReplyDelete
  2. hujan2 macam ni kalau makan makanan bergoreng memang sedap..pisang goreng..ubi goreng..sedapnya..! =D

    ReplyDelete
  3. Sedap makan ni time hujan2 kan kak?
    Hubby sy pun suka ni..hehe..

    ReplyDelete
  4. sedap tu,dulu2 mak pernah wt cam gini....

    ReplyDelete
  5. sekarang ni musim hujan banyka lah jual ubi kayu..
    pekena dengan air kopi ni best

    ReplyDelete
  6. assalam sis
    betul sis sedap ubi kayu goreng ni
    kan. sy ubi kayu buat apa pun suker he he rebus goreng yg penting ubi kayu

    ReplyDelete
  7. terimkasih Norzie sudi mencuba resepi kak noor tak seberapa tu, dan sorry jugak lambat singgah sini sbb semalam internet problem mati kutu kat umah tak tau nak buat apa last2 masak makan tidur itu je heeee

    ReplyDelete
  8. lihat ubi kayu..lama dah x makan..teringin..bila digoreng dgn kunyit & garam..pastu makan dgn sambal tumis ikan bilis..syok..

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
Sila tinggalkan komen anda di sini.