Monday 22 October 2012

Kaswi Gandum


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
N3 hari ni kuih kaswi gandum....sedap dan lembut aje,kuih kegemaran my hubby.Dah ramai rakan blogger yang dah cuba resepi dari chef Liza ni.Sis pun dah 2 kali buat kuih kaswi guna resepi ni tapi baru kali ni sempat buat en3nya.Tak pe...janji kita berkongsi keenakkan resepi ni sama2. 
Kuih kaswi ni mudah aje nak buat,masuk dalam loyang terus kukus.
Jom kita tengok resepinya.




Kaswi Gandum
Oleh:Norzie hany

Bahan Sirap :
  • 5 cawan air
  • 1 cawan gula merah
  • 1 cawan gula pasir

*Masakkan semua dan sejukkan


Bahan lain :

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung kanji/ubi/jagung
  • 1 sudu kecil kapur kueh [optional]
  • Kelapa parut ( yang muda)
  • Sedikit garam
Cara :

  1. Panaskan kukusan.
  2. Ratakan sedikit minyak dalam loyang yang nak digunakan. ( Lapikkan pelastik saiz loyang )
  3. Bancuh semua bahan dan tapiskan. Tuangkan dalam loyang.
  4. Masakkan sehingga masak ( 30 minit )
  5. Tunggu sehingga sejuk baru boleh potong dengan pisau plastik.
  6. Kelapa muda digaulkan sedikit garam.
  7. Lumurkan kuih yang dipotong bersama dengan kelapa tadi.
*Kelapa yang dah campur garam-sis kukus sebentar supaya lambat basi. 

17 comments:

  1. Owh..itu tips nyer supaya lambat basi...hehehe...

    ReplyDelete
  2. Saya suka kuih ni.. hmm bila la nak wat ni..

    ReplyDelete
  3. Waalaikumsalam..
    sedap la.. lama tak layan kuih kaswi.. based yang manis.. kelapa yang a bit masin2.. mmg ngam sangat.. uhhhh.. lapar balik ni..

    ReplyDelete
  4. sedapnya...suka kalau kuih ni kenyal2 sikit..hihi...

    bahan2 utk kuih ni semuanya dh tersedia...tp bile la akan mjadi kaswi ni yer...haha

    ReplyDelete
  5. sedapnye sis...

    ReplyDelete
  6. lama xmkn kuih nie..huhu
    teringin plak

    ReplyDelete
  7. as salam,

    mm mesti sedap ni..mmg kuih feveret :)

    ReplyDelete
  8. Akak mmg suka kuih dari famili talam ni...kuih sepnjg zaman.

    ReplyDelete
  9. Masuk bekas macam Norzie tu lagi membuka selera sebab cantik..

    ReplyDelete
  10. kuih pujaan yg tak jemu dimakan ,,,suka letak kelapa parut lebih2 he he memang best

    ReplyDelete
  11. sedapnya kaswi... feberet sokmo... lama tak buat..

    ReplyDelete
  12. oh kuih ni kegemaran saya, tapi kalau buat sure saya saja yang suka ni....

    ReplyDelete
  13. Akak skodeng sini pulak, kuih favourite akak ni tapi sendiri buat tak sedap. Kakak akak pandai buat, sedap gila...
    Mood nak menguih ni kurang la...

    ReplyDelete
  14. Owh kena kukus yek baru lmbt basi.. Teringin plak nak buat..tapi kalau M nk makan tak nak letak nyoq...M tak suka makan nyoq tu...

    ReplyDelete
  15. kak norzie qalief suka sangat kuih ni hehe

    ReplyDelete
  16. suka makan kaswi.. huhu dapnya..

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
Sila tinggalkan komen anda di sini.