Friday, 19 October 2012

Donut Mayo


Assalamualaikum semua.
Sejuknya hari ni...dari pukul 1 petang tadi kat tempat saya hujan selebat-lebatnya.Bila hampir ke penghujung tahun memang biasalah,musim tengkujuh sudah mari....jangan banjir sudah.
Okay...nak tayang gambar donut mayo ni,sedap dan gebu sangat.Buat satu adunan sekejap aje licin...time hujan macam ni makan apa pun semuanya sedap.Perut lapar sentiasa...lepas makan tido,eh jangan la macam tu.Tak baik tidur waktu petangkan.
Okay...jom kita kongsi resepinya. 

Donut Mayo
Oleh:Norzie hany


Bahan-Bahan
  • 330 gram tepung gandum(sis guna tepung high protein)
  • 1 1\ 2 sudu besar mayonis
  • 1 sudu besar susu tepung@skim milk
  • 1 biji telur - dipukul sedikit mengunakan garpu
  • 140ml air suam
  • 1 1\ 2 sudu besar marjerin
  • 3 sudu besar gula
  • 4 gram yis @ 1 1/2 sudu kecil
  • sedikit serbuk gula sebagai salutan pada donut mayo ni nanti.
Cara membuatnya :
  1. Buat doh, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.
  2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.
  3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.
  4. Bahagi doh pada bebola kecil dan rehatkan selama 6 hingga 8 minit, kemudian bentukkan seperti donut, lubangkan tengahnye, biarkan naik dua kali ganda, dan goreng sehingga ke-emasan, gunakan api sederhana, angkat dan salutkan dengan serbuk gula, sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba.

14 comments:

  1. sedap..nak2 tengah hujan ni hah..

    umah ita dah banjir pun

    ReplyDelete
  2. wahh donut mayo xpenah lagi ain mkn ..

    ReplyDelete
  3. as salam, dalam gambo pun dah nampak lembut je kan :)

    ReplyDelete
  4. nmpk sgt gebu n lembut donut mayo tu...sedapnya...

    ReplyDelete
  5. Waalaikumsalam...
    wahhhhh... sedapnya kalau dapat donat mayo malam2 ni.. sambil layan mega movie anaconda ni.. heheheh :)

    ReplyDelete
  6. assalam norzie..acik tak pernah buat dan rasa donut mayo ni..ada tak kelainan dari segi rasa dia

    ReplyDelete
  7. lembut n gebu nampak donut ni...bestnya!

    ReplyDelete
  8. nasib masa tgk n3 ni perut tgh kenyang lagi...kalau tak mau meroyan nak makan donat mayo..

    ReplyDelete
  9. teringin nak buat donut utk kali kedua tapi tak terbuat lagi.cubaan kali pertama dulu gagal huhu

    ReplyDelete
  10. dah lama x mendonat kak..tggu angin rajin ..gebu2 donut tue kan:))

    ReplyDelete
  11. sedapnye kak..terbayang kelembutannya walaupun belum pernah buat donat mayo.

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
Sila tinggalkan komen anda di sini.