Wednesday 19 September 2012

Beriani Ayam


Assalamualaikum semua...moga semuanya sihat2 belaka di samping insan2 tersayang.
Baru aje lepas raya....jemu ke tengok lauk ayam atau daging.Tapi anak2 sis tak pernah jemu kalau di hidangkan lauk ayam hari-hari.Atas permintaan anak2 juga nak makan nasi beriani dan ayam beriani inilah yang di gandingkan dengan nasi tu.Resepi nasinya di en3 akan datang ye.
Ayam beriani cara sendiri....mudah aje nak masak dan bahan-bahannya pun senang dapat.
Jom kita berkongsi resepinya.


Beriani Ayam
Oleh:Norzie hany

Bahan-bahannya:
  • 1/2 ekor ayam-di potong dan bersihkan
  • 20 tangkai cili kering-kisar
  • 30 gm rempah beriani (saya guna adabi)
  • 20 gm sos tomato
  • 20 gm daun saderi
  • 20 gm daun bawang
  • 1 biji bawang besar-kisar
  • 2 ulas bawang putih-kisar
  • 50 gram susu cair
  • 500 ml air
  • Sedikit serbuk perisa,garam dan gula.
  • Minyak untuk menumis -secukupnya
Cara Memasak:
  1. Ayam di goreng kunyit terlebih dahulu.Jangan terlalu garing.
  2. Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih yang telah dikisar serta daun saderi dan daun bawang hingga kekuningan.
  3. Masukkan cili kisar,sos tomato,dan rempah beriani,kacau sebentar hingga rempah naik bau.
  4. Masukkan air dan susu cair dan kacau sebati.
  5. Akhir sekali masukkan ayam yang telah di goreng tadi dan perasakan dengan serbuk perisa(jika suka),garam dan gula.
  6. Biarkan sehingga mendidih dan kuahnya pekat sedikit.
  7. Angkat dan hidangkan.

10 comments:

  1. Anak2 kakcik pun adalah pemakan ayam tegar. :)

    ReplyDelete
  2. Anak2 Amy suka nasi beriani ngan nyam goreng aje.

    ReplyDelete
  3. makan dengan nasi briyani.
    hmm.. tak cukup masak sikit kena masak banyak hehe

    ReplyDelete
  4. sis wat kita kecurr jew..simpan resepi nanti kita nk buat jgk sis:)

    ReplyDelete
  5. saya suka briani ayam nie..mgg lepas makan kat open hause..sedap tapi malu nak tambah..hihi

    ReplyDelete
  6. salam kak...lama tak mnyinggah sini..
    wa kak..jemu tak jemu, klau ada depan mata, saya sahut je lauk apapun kak..sedap lauk ni kak..makan hingga menjilat jari tang kuah yg pekat2 gitu..

    ReplyDelete
  7. QH pon lama jugak x ke sini...

    sedap tu rendang ayam..kecur tgk...

    ReplyDelete
  8. Hari ni pun nak masak ayam...Sedap nampak ayam ni..

    ReplyDelete
  9. sampai sini bau sedap dia haaa..

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
Sila tinggalkan komen anda di sini.