Thursday, 2 August 2012

Ayam Masak Paprik


Assalamualaikum dan salam Ramadhan kepada semua rakan2 yang di sayangi.
Sepanjang Ramadhan ni baru dua kali aje kami berbuka di buffet Ramadhan dan selebihnya berbuka di rumah.
Terus pada en3 kali ini ayam masak paprik yang sangat mudah untuk dibuat....cepat di masak dan sedap dimakan.Sudah masuk pertengahan Ramadhan ni masa untuk bersiaran memang agak terhad maklumlah banyak kerja nak di buat.
Sis sertakan resepi ayam masak paprik di sini.
Selamat mencuba.


Ayam Masak Paprik
Resepi:Norzie hany
Bahan A
  • 300gm isi ayam (potong kecil)
  • 100gm bunga kobis (hiris)
  • 10 gm kacang panjang(di potong)
  • 1 biji cili capsicum (di potong)
  • 1 biji bawang holland (hiris bulat)
  • 1 biji kecil lobak merah
  • 6 helai daun limau purut
  • 10 biji cili padi (di ketuk)
  • 1/2 cawan air
Bahan B
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 senduk cili kisar
  • 1 batang serai(diketuk)
  • Sedikit minyak masak
Bahan C
  • 2 sudu sos tiram
  • 2 sudu cili sos
  • Gula dan garam secukup rasa.
Cara memasaknya:
  1. Bersihkan ayam lumur sedikit garam dan kunyit dan goreng separuh masak.Angkat.
  2. Tinggalkan sedikit minyak di dalam kuali dan tumis bahan B hingga naik bau.
  3. Masukkan semua bahan A termasuk ayam tadi kacau dan biarkan seketika.
  4. Akhir sekali masukkan bahan C dan biarkan ia mendidih sekejap dan angkat.
  5. Sedia di hidangkan.

23 comments:

  1. mesti sedap nie..leh try buat..he hhee..selalu tercari2 menu yg cepat dimasak.:) thnks resepi :)

    ReplyDelete
  2. bhn yg mudah dicari...cara masakan pn senang...hee suka nk cuba..

    ReplyDelete
  3. Wah! pepagi datang sini di jamu mata dgn paprik..gambar nampak sedap sangat. Nasib datang pagi klu datang petang mau terliur dibuatnya..

    ReplyDelete
  4. Sedapnya...

    Myra memang suka amska paprik ni :D

    ReplyDelete
  5. Rumah kakak Nozie kalau seminggu at least sekali masak paprik. Cuma kadang tukar dgn udang/sootng/daging/ayam. Puasa ni tapi kakak baru buat sekali sebab banyak membeli..

    ReplyDelete
  6. sedapnya....

    salam ramadhan :)

    ReplyDelete
  7. Amy suka paprik ni.. copy resepi ek...
    clik nuff kat sini jugak... hihihi

    ReplyDelete
  8. selalunya saya order je tak penah wat seniri..bila2 nk try la :)

    ReplyDelete
  9. ayam paprik.... selalu order bila makan kat kedai makan ni... buat buka pose pun bagus...

    ReplyDelete
  10. hui...sedap ni....nanti nak cuba buat sendiri laa...

    ReplyDelete
  11. Suka paprik. Masak ikut resepi sendiri ;) lebih kurang sama mcm resepi kak norzie. Sedap je adik2 makan :)

    ReplyDelete
  12. Sedapnya...boleh cuba resepi nie nanti..

    ReplyDelete
  13. alahaii.... sedapnya sis... ada masa boleh cuba ni.

    ReplyDelete
  14. ni favourite anak saya, selalu order kalau makan kat warung tomyam sebab tak pandai (sebenarnya malas) masak sendiri.. hehe

    ReplyDelete
  15. ini lauk feberet hubby saya neh.. :)

    ReplyDelete
  16. salam Norzie..sedap tu ayam paprik,mkn berbuka ngan nasi panas tambah selera.

    Jgn xlarat nk g tarawih udah lar :D

    Klik2 Nuff Norzie

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
Sila tinggalkan komen anda di sini.