Tuesday 3 July 2012

Rendang Daging Tok Perak


Assalamualaikum.
Rendang tok yang terkenal di negeri Perak.Sis bukan orang Perak tapi resepi ni sis minta dari kawan baik yang memang anak jati Perak.Katanya setiap kali raya pasti rendang tok menjadi juadah utama keluarga mereka.Daun limau tu kalau nak tukar pada daun kunyit pun boleh jugak....kita yang buat diakan.
Banyak kali dah sis buat rendang ni,memang sesuai dimakan dengan ketupat atau lemang.Makan dengan nasi putih atau nasi minyak pun sedap juga.
Kalau berminat bolehlah mencuba resepi ni ye.


Rendang Daging Tok Perak
Resepi: Norzie hany

Bahan-Bahan:
  • 600gm daging lembu (dipotong kiub 5 cm)
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 3 biji buah pelaga
  • 3 biji bunga cengkih
  • 1 btg kulit kayu manis
  • 1/2 mangkuk kerisik
  • 1 biji kelapa (ambil santannya)
  • 5 helai daun limau purut.
  • Gula Melaka secukupnya
  • Garam secukup rasa

Bahan2 kisar:
  • 15 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
  • 1/2 inci kunyit hidup
  • 6 batang serai
Bahan-bahan sangai dan kisar:
  • 1 sudu besar ketumbar
  • 1 sudu kecil jintan manis
  • 1 sudu kecil jintan putih
  • 1/2 sudu kecil lada hitam

Cara:
  1. Perapkan daging bersama semua bahan-bahan kisar selama lebih kurang 2 1/2 jam.
  2. Masukkan kesemua bahan2 tadi dan masak hingga daging empuk dan kuahnya pekat dan kering.
  3. Bila sudah masak angkat dan bolehlah dihidangkan bersama nasi putih,nasi minyak,ketupat ataupun lemang.

25 comments:

  1. Lapar perut tgk rendang tok tu... tak sabar nk raya...hehehe

    ReplyDelete
  2. sy org tahu memang tahu sangat la sedap rendang ni..:)

    ReplyDelete
  3. dah lama nak cari resepi rendang tok perak..
    nak try la raya nanti..selalu buat rendang ayam ja..

    ReplyDelete
  4. nak raya ni boleh la belaja2 buat rendang kan kak.. hehehe

    ReplyDelete
  5. hmmm...nyum3x...dah lama tak makan rendang daging...

    ReplyDelete
  6. rasa makin dekat nak raya bila tengok rendang ni, hehe

    ReplyDelete
  7. leh tahan endang tok ni tak reti buat, makan tahu... hukhuk

    ReplyDelete
  8. Salam Haniey yang cokelat tu nak letak kat mana? nak letak kat tapak shell tu ker? kat dalam kat luar?

    ReplyDelete
  9. senang sangat tu...
    raya nanti leh lah nak cube buat

    ReplyDelete
  10. Nak cuba buat bila berkesempatan. Nampak sedap :)

    ReplyDelete
  11. Wsalam Zie...ditapak dan sekeliling shell sebelum dicurahkan kastard atau cheese.

    ReplyDelete
  12. My feveret ni. Saya belajar dg MIL. Dulu selalu lah buat terutama bila ada jamuan di rumah

    ReplyDelete
  13. sedapnya...nak buat xpandai makan tau la hikhikhik

    ReplyDelete
  14. assalam sis
    memang suka sgt rendang tok Perak ni he he maklumlah org Perak kan
    cicah ngan lemang fuhhh memang x cukup sebatang lemang

    ReplyDelete
  15. tak pernah buat rendang tok perak, biasa buat rendang ikut resepi emak je...

    tp nampak sedap tu, raya ni boleh cuba resepi ni kot...

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum Norzie,

    Memang sedap kalau makan dengan ketupat nih....he.he.heee...

    ReplyDelete
  17. selalunya mak yang buatkan hehhehe terasa nak makan balik kampung... ^_^

    ReplyDelete
  18. salam norzie..aduusss biasa kita masak ala2 johor jew..yg perak nie x pernah buat norzi..thnks resepi yer..nk cilokk:)

    ReplyDelete
  19. saya anak jati perak pun tak pernah masak rendang tok...kami selalu masak daging masak hitam kalau sambut raya,..rupanya macam ni juga tapi tak letak santan...kalau nak rasa,..saya boleh bagi rempahnya tapi tunggu pas rayalah..sebab raya nnt baru blk kg..stok dah habis...nnt kalau nak,...bg alamat yaa...heheh..kalau sudilah

    ReplyDelete
  20. sedapnye kalau dpt mkn ngan nasi panas2..mesti terangkat ni..hihi

    ReplyDelete
  21. haiishhh rasa cam nak raya tengok rendang tok ni kak norzie..sedapnya....lama tak buat...hehehe

    ReplyDelete
  22. rendang tok ni mmg fofular kt perak
    xnah cuba resepi ni
    tp mmg fevret el
    kalo g umah kenduri belah2 perak tu
    sure amek lauk rendang tok ni lebih dr nasi hahahah
    t nak cuba msk tuk raya nti

    ReplyDelete
  23. Nak cuba buat la raya ni.. pernah mkn rendang ni kat R&R Seremban. Mmg sedap sgt.

    ReplyDelete
  24. Nak cuba buat la raya ni.. pernah mkn rendang ni kat R&R Seremban. Mmg sedap sgt.

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
Sila tinggalkan komen anda di sini.