Thursday, 26 July 2012

Popia Berinti Kentang

Assalamualaikum dan salam Ramadhan kepada semua rakan2 dan followerku yang disayangi.
Hari ini dah hari ke 6 kita semua menjalani ibadah puasa,cepat sungguh masa berlalu.Bagi kaum ibu2 mesti tengah berfikir atau dah terfikir apa juadah iftar hari ini.Kalau tak ada idea nak buat kuih apa,jom la cuba buat popia berinti kentang yang rangup diluar dan lembut di dalam(mmg la dalamnya lembut sbb kentang aje isinya).Hari ni tak larat la nak bebel panjang2 dan jom...kita berkongsi resepinya.

Popia Berinti Kentang
Resepi:Norzie hany

Bahan-bahannya:
  • Kulit popia-secukupnya
  • Minyak untuk menggoreng
  • Sedikit tepung gandum + sedikit air(utk pelekat popia)

Cara buat inti:
  • 5 biji ubi kentang-potong dadu
  • Sedikit isi ayam- cincang halus
  • 2 biji bawang besar
  • 3 sudu serbuk kari daging(campur sedikit air jadikan pes)
  • Daun kari/daun saderi-potong halus
  • 1/2 cawan air
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Sedikit minyak untuk menumis

Untuk inti-
  1. Panaskan sedikit minyak,tumis bawang hingga layu dan masukkan pes kari.
  2. Bila rempah telah garing sedikit masukan ayam dan kentang.
  3. Masukkan sedikit air dan masak hingga kentang lembut dan kering.masukkan garam dan gula secukup rasa.
  4. Akhir sekali masukkan daun kari atau daun saderi.
  5. Angkat dan sejukkan.

Cara buat popia:
  1. Ambil kulit popia dan masukkan inti.
  2. Gulung popia dan letakkan pelekat.
  3. Panaskan minyak dan goreng popia hingga kekuningan.

17 comments:

  1. Salam Norzie...dah 6 hari kita berpuasa,atie pernah sekali jer buat kuih.bkn apa dok mkn berdua malas nk membuatnya.
    Biasa suami beli 2-3 jenis dlm 6 ketul jer...tu pon kdg2 sampai kesahur xhabih2..:D

    Telur ikan mayung mmg susah nk dapat..jarang jumpa.

    ReplyDelete
  2. Insya Allah nanti nak buat bila bahan2 semua dah ada,ptg nie malas nak singgah kedai takut lmbt dan x sempat nak memasak.

    ReplyDelete
  3. byk betul makana yg bole dicuba ni..aduh mana satu nak masak ni..hehe

    ReplyDelete
  4. Sesekali mkn kuih mcm ni best juga kalo rumah akk anak2 lagi suka kuih manis2 hehe

    ReplyDelete
  5. Suka popia :) rangup2 sedap.
    Td buat cucur kurma dgn lempeng cecah gulai kawah :) menu org tak puasa..

    ReplyDelete
  6. tak pernah lagi buat kuih sepanjang puasa nie beli jer kat bazar..saya follow akak jugak, salam perkenalan.. :)

    ReplyDelete
  7. salam kak..comel jer popia akak tu..

    ReplyDelete
  8. cantik jer gulungnya... zie dulu belajar buat kulit sendiri... tak tahan panas kuali.. huhu sakit jari

    ReplyDelete
  9. M mmg suka mkn popia... Tp tak pernah buat pun....

    ReplyDelete
  10. comelnya popia...senang masuk mulut..

    ReplyDelete
  11. insyaallah kalau ada kerajinan blh try...lama xmkn popia.

    ReplyDelete
  12. campur telor pun best..saya mmg ske popia kentang

    ReplyDelete
  13. sedapnya, ala2 karipap kan, inti karipap ada lg nanti boleh lah try

    ReplyDelete
  14. macam karipap juga la kan kak..

    ReplyDelete
  15. Omelettedefromage7 October 2017 at 20:32

    Assalamualaikum. Saya hidup di perantau sedang mencari resepi melayu dan saya juga bukan jagi masak. Tapi kalau dah teringin, apa nak buat kan? Alhamdulillah terjumpa resepi kakak tapi sayang sekali instructions-nya kurang detail dari segi tahap api, masa menunggu etc.. misalnya, saya pakai 4 biji ubi tapi 1/2 cawan (125ml) tak mencukupi kerana saya dapati ubi melekat ke bottom of the pan (adakah sepatutnya begitu?)

    cadangan saya ialah untuk mengupload gamabr sekali so bagi org Lesen L mcm saya ni boleh jadikan reference.

    Other than that, keep up the good work. Assalam.

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
Sila tinggalkan komen anda di sini.