Tuesday, 17 July 2012

Mee Hailam


Assalamualaikum dan salam sejahtera.Terima kasih kepada semua follower baru dan lama yang sudi singgah di sini.Bertemu lagi kita di alam maya ini dan semoga semuanya sihat hendaknya disamping insan2 tersayang.
Entry kali ini sis nak berkongsi resepi mee hailam yang sis jumpa dalam majalah mingguan wanita 2008.
Sebenarnya sis bukan suka makan benda2 yang tak pedas ni tapi bila tengok gambar mee hailam dalam majalah tu tertarik pulak nak mencuba.Dalam hati memang dah tahu mesti daku makan sikit aje selebihnya talak pada si bongsu.Bila hidangan dah ada depan mata sis tak makan dulu,sis nak tengok reaksi hubby dan si bongsu.Bila sampai suapan mereka yang kedua,sis tanya hubby berapa bintang(mmg setiap masakan selalu soalan ni akan ditanya).Hubby terus jawab 10 bintang,yang si anak bukan main makan lagi macamlah sedap sgt.Bila sis cuba memang betul....resepi ni mmg best.Korang cuba tau...tambah2 yang ada anak2 kecil,sesuailah sangat sebab tak pedas.

Mee Hailam
Bahan-bahannya:
  • 200gm mee kuning
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 3 ulas bawang putih di tumbuk
  • 200gm isi ayam dihiris nipis
  • 4 ekor udang
  • 2 cawan stok ayam
  • 11/2 sudu sos tiram
  • Kicap pekat,garam dan gula secukup rasa
  • Sedikit kobis,sawi dan tepung jagung
Cara memasaknya:
  1. Panaskan minyak.Masukkan bawang putih dan goreng hingga naik bau.
  2. Masukkan isi ayam,udang dan stok ayam.Tunggu hingga mendidih.
  3. Masukkan sos tiram,kicap pekat manis,gula ,garam dan perisa secukupnya.
  4. Masukkan kobis,sawi dan tepung jagung dan akhir sekali masukkan mee kuning.


17 comments:

  1. simple resepi ni..nanti boleh;lah cuba ;)

    ReplyDelete
  2. senang sangat tu...
    nanti kalau free nak buat untuk menu bukak pose...

    ReplyDelete
  3. betul tu, simple dan nmpk sedap....nak sikit boleh? hihiihhii...

    ReplyDelete
  4. sedap2.. dan senang.. yup leh cuba nnti..:)

    ReplyDelete
  5. salam norzie..memang sedap la tu..anak2 acik pun suka..mee kicap dia orang panggil

    ReplyDelete
  6. senangkan buat mee hailam, sedap pun sedap, lagi2 kalau makan dengan cili jeruk.. ngeee..

    ReplyDelete
  7. Suka juga mee hailam. Semua jenis mee saya suka ;)

    ReplyDelete
  8. suka mee hailam mkn dgn lada jeruk. ;)

    ReplyDelete
  9. Mee hailam..tak pernah buat sendiri biasa beli kat kedai jer..

    ReplyDelete
  10. tak pernah masak mee ni..hehe

    ReplyDelete
  11. habis baca terus kakak teringin nak makan dah Norzie:) Alaaa... kakak belilah malam ini (nampak tak kakak punya malas norzie)..

    ReplyDelete
  12. susah nak buat mee hailam, rajin beli aja...

    ReplyDelete
  13. akak...nak sepinggan..saya terliur ni..

    ReplyDelete
  14. Lamanya tak masak, tak makan mee hailam yang sangat lazat ni! Teringinnnnn....

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
Sila tinggalkan komen anda di sini.