Sunday, 29 April 2012

Kuih vadai


Assalamualaikum dan selamat petang.Terima kasih kepada rakan2 yang sudi berkunjung di sini.Sekejap aje masa berputar,hari pun dah petang.Inilah juadah minum petang kami... kuih vadai aje.Kebetulan masih ada baki kacang dal yang buat rempeyak hari tu,saya rendam dan buat kuih vadai ni.Adunan ni saya goreng cukup2 untuk makan aje,selebihnya saya simpan dalam peti ais bila rasa nak makan baru goreng.Kuih vadai ni memang sedap makan panas2 dan biasanya orang India akan makan dengan cili hijau. Jom kita tengok resepinya.

Kuih Vadai
Oleh:Norzie hany
Bahan-bahannya:-

  • 400 gm kacang dal-rendam semalaman
  • 1 sudu besar jintan manis
  • 2 ulas biji bawang besar-di hiris nipis
  • 4 biji cili kering-potong kecil
  • Daun kari-dihiris halus
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk mengoreng
Cara membuatnya:-

  1. Kacang dal dibahagi dua,separuh kisar/blender halus dengan sedikit air dan separuh lagi kisar sedikit sahaja.
  2. Satukan semua kacang dal yang dikisar tadi kedalam mangkuk besar dan masukkan semua bahan2 yang lain.Gaul adunan hingga sebati.
  3. Panaskan minyak ambil sedikit adunan leperkan dan bolehlah di goreng hingga kekuningan dan agak garing sedikit.
  4. Angkat dan hidangkan bersama cili hijau.

Friday, 27 April 2012

Asam pedas ikan jenahak.

Asam pedas memang terkenal di negeri Melaka.Hubby saya orang Melaka maka inilah lauk kegemarannya.Resepi yang mudah tak payah guna santan segala....campak2 siap,eh ye ke.Kalau nak tahu perbezaan antara asam pedas orang Melaka dan orang Johor,asam pedas orang Melaka mesti ada daun limau purut dan asam pedas orang Johor mereka isi daum kesum.Ikan yang selalu saya masak asam pedas ni.ikan parang dan ikan pari.
Jom kita kongsi resepi asam pedas orang Melaka.

Asam Pedas Ikan Jenahak
Resepi:Norzie hany

Bahan-bahannya:-

  • 3 potong ikan jenahak ( suka hati)
  • 5 batang kacang bendir.
  • 1 biji buah tomato-belah 4
  • 1 batang serai-di ketuk
  • Daun limau purut
  • Minyak untuk menumis
  • Air secukupnya
  • Air asam jawa secukupnya
  • Garam secukup rasa.
bahan kisar:-

  • 10 tangkai cili kering
  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci kunyit hidup
  • sedikit halia
  • Belacan
Cara memasak:-

  1. Panaskan sedikit minyak dan tumis serai sebentar.
  2. Masukan bahan yang dikisar dan masak sehingga naik bau .
  3. Masukan air asam jawa dan air secukupnya(jangan terlalu cair).
  4. Masukan daun limau purut,ikan dan kacang bendir kedalam kuah yang telah mendidih.
  5. Masukan garam secukup rasa dan buah tomato yang telah dipotong 4.
  6. Apabila masak bolehlah angkat dan dihidangkan.

Wednesday, 25 April 2012

Kenali Aneka Tepung


Tepung merupakan bahan masakan yang terpenting dalam kehidupan seharian.Tanpanya pasti banyak hidangan yang tidak sempurna,apatah lagi bagi roti dan pastri.
Dengan kehadiran tepung,pelbagai hidangan enak kegemaran keluarga boleh kita sediakan.Selain kuih-muih,kita juga boleh menghasilkan aneka jenis kek,pastri,roti,mee,laksa,puding dengan menggunakan pelbagai tepung.
Umumnya tepung diperbuat dari gandum,jagung,beras,ubi dan sebagainya.Lebih menarik,ia turut mengandungi kanji yang merupakan karbohidrat kompleks.
Tahukah anda,sekiranya tepung yang ingin digunakan dikeringkan terlebih dahulu iaitu di jemur atau disangai,ia dikatakan mampu memanjangkan jangka hayat sesuatu produk?Bagi mendapat tekstur tepung yang lebih halus,anda boleh mengayak tepung sebanyak 3 kali dengan ketinggian sekurang-kurangnya 15 sentimeter.
Mari kita berkongsi sedikit panduan dalam memilih tepung dan memahami kesesuaian penggunaannya.

Tepung gandum.

Tepung gandum boleh dibahagikan 2 jenis iaitu tepung putih dan tepung perang.Seandainya gluten dalam tepung rendah,doh yang terhasil akan bersifat lebih lembut berbanding tepung yang memiliki kandungan gluten tinggi.Biasanya tepung bersifat lembut ini berkebolehan menghasilkan bancuhan yang baik.Ia juga acap kali digunakan untuk membuat kek.Tepung yang mewah dengan gluten pula lebih sesuai untuk menghasilkan pastri.Terdapat beberapa jenis tepung gandum dan kualitinya bergantung kepada gandum yang digunakan dan proses pengisarannya.

1)Tepung protein tinggi(High Protein Flour)
-Lebih dikenali sebagai tepung roti.Sesuai untuk membuat roti kerana daya anjalnya agak tinggi dan lebih sempurna sekiranya diadun dengan yis.Kandungan protein yang tinggi mencecah sehingga 11-12.5%.

2)Tepung serbaguna(Plain Flour)
-Tepung gandum yang mengandungi kadar protein yang sederhana sekitar 8-10%.Sesuai untuk sebarang jenis masakan.Lazimnya tepung ini mudah diperolehi.Ia sesuai  digunakan untuk sebarang jenis masakan.

3)Tepung berprotein rendah(Low Protein Flour)
-Mengandungi kandungan protein sukitar 6-8%.Biasanya digunakan untuk membuat kek chiffon,kek span dan kuih kulit bergoreng.

4)Tepung gandum tulen(Wholemeal-wholewheat flour)
-Tepung gandum tulen mengandungi serat yang tidak boleh hancur.Ia tidak boleh diayak.Ia sesuai digunakan sebagai bahan pembuat roti,mee,pasta dan donat.Hasilnya juga agak berat.

Tepung Jagung

Tepung jagung sangat popular sabagai bahan pemekat masakan.Malah ia sering digunakan untuk gorengan kerana ia merangupkan makanan.Selain dinegara kita tepung jagung sangat penting bagi masyarakat di Selatan dan Barat Daya Amerika Syarikat.Bagi masyarakat Mexico,tepung jagung di gunakan untuk membuat tortilla dan tamales.

Tepung beras

Tepung beras diperbuat dari beras yang dikisar menjadi tepung.Ia sangat popular dikalangan masyarakat Asia kerana hidangannya banyak mengunakan tepung beras.Biasanya tepung beras digunakan  untuk tepung gorengan dan membuat kuih-muih melayu seperti  tepung pelita,tepung talam,seri muka,kuih lapis dan sebagainya.Tepung beras juga boleh dijadikan laksa yang digemari oleh masyarakat tempatan.Kaum India popular menggunakan tepung beras untuk membuat tosai.

Tepung Pulut.

Tepung pulut diperbuat daripada 100% beras merah asli,iaitu beras yang tidak dibuang bahagian merah pada mata padinya.Biasanya ia di import dari Thailand.Ia dihasilkan dengan teknologi moden sehingga kandungan khasiat yang ada di dalam beras  tidak hilang.Apabila ia dicampurkan dengan air,adunannya menjadi doh yang agak kenyal sedikit.Jadi sangat sesuai untuk membuat kuih yang kenyal dan mengandungi inti di dalamnya seperti kuih koci,kuih buah melaka dan sebagainya.

Tepung Atta

Tepung atta atau tepung chapati sangat popular dikalangan masyarakat India.Ia diperbuat dari tepung gandum halus yang baik.Biasanya digunakan untuk membuat roti dan chapati iaitu makanan popolar kaum India.

Tepung ros

Tepung ini mengandungi sedikit tepung jagung dan bahan yang boleh merangupkan biskut.Namun anda tidak perlulah mengurangkan sukatan tepung jagung dalam resepi anda.

Tepung kastard

Tepung kastard diperbuat dari campuran kanji jagung,garam,pewarna dan perisa yang dibenarkan.Selain untuk mewangikan,ia sering digunakan untuk membuat puding dan membentuk tekstur kek lebih rapat.

Tepung sagu.

Tepung sagu ialah tepung yang diproses daripada sagu pokok rumbia.Biasanya ia digunakan sebagai bahan campuran dengan tepung gandum untuk membuat kuih-kuih tempatan.Kuih yang popular ialah kuih bangkit,campuran tepung gorengan dan keropok lekor.

Tepung kacang pea

Tepung kacang pea dibuat daripada kacang pea yang dipanggang dan dikisar halus menjadi tepung.Biasanya warnanya sedikit perang dan biasanya digunakan sebagai campuran dengan tepung lain untuk membuat kuih.kuih yang popular menggunakan tepung kacang pea ialah kuih tepung talam. 

Tepung Hong Kong

Ia juga dikenali sebagai 'water lily flour'.Tepungnya sangat putih dan sering digunakan untuk membuat pau dan juga kek lapis.Kandungan proteinnya dari 9-10.5%

Tepung Hoen Kwee

Biasanya ia digunakan untuk membuat kuih-muih.Ia dibezakan menerusi warna pembungkusannya.misalnya oren mempunyai adunan tepung kekuningan,hijau mempunyai adunan tepung kehijauan dan biru mengandungi adunan tepung berwarna putih.

Sumber majalah rasa  

Tuesday, 24 April 2012

PIZZA AYAM


Selalunya kalau nak makan pizza order saja...kiranya ni 1st time la buat.Terjumpa pulak resepi pizza ni dari blog kak Ina.Untuk doh tu sis cuma buat 1/2 adunan saja...maklum la yang nak makan cuma 3 orang saja.Untuk inti/isian pizza terpulang la kesukaan masing-masing.Untuk isiannya sis tak dapat ikut resepi ni sepenuhnya sebab banyak bahan2 yang tak ada.Alhamdulillah...menjadi dan sedap.Jom menjamu selera dengan pizza ayam.

Resepi Pizza
Sumber(kakinakl)

BAHAN DOH :-)
  • 500 g tepung roti
  • 250 ml air suam
  • 10 g yis segera
  • 1 camca besar gula halus
  • 1 camca teh garam halus
  • 4 camca besar mentega
  • 1 camca teh bread softerner
  • 1 camca teh bread improver
BAHAN ISIAN :-)
  • 1 1/2 cawan sos tomato(saya guna sos prego)
  • 6 batang sosej ayamas (tak letak)
  • 10 kuntum cendawan butang, dihiris-(tak letak)
  • 1/2 biji red capsicum-(tak letak)
  • 1/2 biji yellow capsicum-(tak letak)
  • 1/2 biji green capsicum
  • 10 biji buah zaitun, belah 2 setiap biji-(tak letak)
  • Keju Mozarella secukupnya
  • 1 camca teh lada hitam yang baru dikisar-saya guna serbuk lada hitam aji sho
  • Sis letak isi ayam dan tambah tomato di hiris dan mayonis
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK DOH :- Bancuh yis dengan gula dan 1/2 bahagian air suam, kacau rata dan tunggu berbuih. Sementara itu, gaul garam, oregano, bread improver/softerner dengan tepung hingga rata, lambakkan atas meja bersih dan buat lubang dibahagian tengah tepung, tuang bancuhan yis dan baki air suam sedikit demi sedikit sambil menggaul tepung hingga menjadi doh. Uli hingga lembut. Masukkan mentega dan uli hingga doh licin dan kenyal (kena uli lama sikit). Bulat2kan doh dan alih ke dalam bekas, tutup dengan kitchen towel yang besih dan biarkan 1 jam hingga naik sekali ganda.
  2. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan untuk doh ke dalam bread maker, pilih setting untuk doh dan tekan on, tunggu hingga siap.

  1. UNTUK PIZZA :- Panaskan oven pada suhu 200C, lenser dulang pizza dengan sedikit mentega, bagi 2 doh, ambil satu bahagian, bulat2kan dan canai, alih doh ke dalam dulang tadi dan tekan supaya rata dan bulat. Masukkan ke dalam oven dan bakar kosong selama 5 minit. Keluarkan dan sapu dengan sos tomato dan tabur bahan2 inti ikut suka dan akhir sekali tabur parutan keju mozarella dan lada hitam. Bakar kembali selama 20 - 25 minit hingga keju cair dan roti pizza kelihatan kekuningan. Boleh dihidangkan.....
  2. CARA-CARA BUAT INTI/ISIAN PIZZA BOLEH RUJUK DI SINI

Monday, 23 April 2012

Kek Sarang Semut

Saya panggil kek sarang semut mungkin ada yang panggil kek sarang lebah.Nak buat kek ni kena ambil masa lama sikit sebab kena perap adunannya lebih kurang 4 jam sebelum di bakar.Rasanya memang sedap,saya suka bau harum gula hangusnya.Jom kita kongsi resepinya.



Kek Sarang Semut/Kek Gula Hangus.
Oleh:Norzie hany

Bahan-bahannya:-
Untuk buat gula hangus

  • 1 cawan gula
  • 1 cawan air panas
  • 2 sudu teh butter
Masakkan gula dalam kuali , bila gula agak perang dan cair,tuang air panas..hati hati ya,
dan masukkan butter, Kacau biar rata dan tidak berketul dan padam api.Biar sampai suam.
  • 4 biji telur
  • 1 cawan susu pekat
  • 1 cawan tepung gandum di ayak bersama
  • 2 sudu kecil soda bicarbornate
  • 1 sudu teh esen vanilla.

Cara membuatnya:-
1- Pukul telur sehingga betul2 kembang dan gebu.
2-Masukkan susu pekat dan esen vanilla dan pukul lagi.
3-Masukkan tepung yang telah di ayak bersama soda bicarbonate dan dipukul sebati.
4-Akhir sekali masukkan air gula hangus telah dibiarkan suam dan dipukul sekejap.
5- Masukkan adunan di dalam loyang yang telah dilenser dgn marjerin dan tepung.
6-Perap adunan ini selama 4 jam .Jangan lupa bekas adunan hendaklah di tutup.
7-Bakar pada suhu 160c selama 60 minit guna api bawah dan 10 minit terakhir hendaklah dipasang api atas bawah.
8- Sejukkan kek sarang semut ini sebelum di potong.

Saturday, 21 April 2012

Kari Kepala Ikan


Kalau kat utara memang kari sangat terkenal. Masa saya kecil2 dulu tiap2 hari mak masak kari...biasanya kari ikan,kadang2 aje masak kari ayam atau daging.Masa dulu2 tak ada la pulak rasa jemu makan kari hari2...tapi sekarang saya tak lalu nak makan menu ni hari2.Tiap2 hari kena tukar menu berlainan.Tapi saya suka kari air tangan mak sebab dia guna rempah giling...rasanya memang enak berbanding dengan rempah segera yang ada di pasaran sekarang. Kebetulan hari ni saya masak kari kepala ikan untuk makan tengahari ni...jom kita berkongsi resepi .

Kari Kepala Ikan.
Oleh:Norzie hany

Bahan-bahannya:-

  • Kepala ikan jenahak.
  • 1 paket kecil rempah kari babas
  • 1 sb serbuk cili
  • 4 biji kacang bendir
  • 1 biji buah tomato-belah 4
  • 3 cawan santan
  • 3 biji bawang merah-dihiris
  • 2 biji bawang putih
  • 1 inci halia
  • Daun kari
  • 1 sk halba campur
  • Air asam jawa.
  • sedikit minyak
  • Garam secukup rasa.
Cara memasak:-

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah,bawang putih,halia,halba campur,daun kari hingga naik bau.
  2. Masukkan rempah kari dan serbuk cili yang telah dijadikan pes.
  3. Kacau sehingga rempah sedikit garing dan barulah masukkan santan.
  4. Masukkan kepala ikan dan biar sekejap dan barulah masukkan kacang bendir dan air asam jawa serta garam secukup rasa.Masak sampai pecah minyak.
  5. Akhir sekali masukkan buah tomato .
  6. Angkat dan hidangkan.Memang sedap makan dengan nasi panas2.

Kuih keria /kuih gelang


Kuih yang senang dan mudah nak buat.Tidak menggunakan bahan yang banyak.Kuih keria ni santapan kami sekeluarga pagi ni.Jom kita kongsi resepinya.

Kuih Keria/Kuih Gelang
Oleh:Norzie hany

Bahan-bahannya:-
  • 1 kilo ubi keledek-rebus dgn sedikit garam
  • 2 1/2 cawan tepung gandum/secukupnya
  • Gula & air -untuk di sira
  • Minyak untuk mengoreng
Caranya:-

  1. Lenyek ubi yang telah direbus dan campurkan dengan tepung gandum.Sekiranya masih lembik tambah tepung.
  2. Uli hingga menjadi doh.
  3. Bentukkan seperti gelang dan goreng dengan api perlahan.Apabila dah masak angkat.
  4. Untuk sira,Panaskan air bersama gula.
  5. Masak hingga gula tersebut pekat dan bertali.
  6. Perlahankan api dan masukkan kuih keria tadi,gaul hingga gula bersalut pada kuih.
  7. Bila dah siap bolehlah di hidangkan untuk sarapan pagi atau minum petang.

Friday, 20 April 2012

Rempeyek kacang dal



Assalamualaikum.
Syukur Alhamdulillah tercapai juga niat saya untuk wujudkan blog yang akan memaparkan masakkan hasil dari air tangan saya.Hari ini saya nak berkongsi resepi rempeyek kacang dal yang selalu saya buat setiap kali musim raya.Selain dari kacang dal kita boleh juga guna adunan ini untuk buat rempeyak kacang tanah dan tumpi kacang hijau.Saya lebih suka serak aje ditepi kuali dari guna acuan.
Rempeyek kacang dal
Resepi:Norzie hany

Bahan-bahannya:-

  • 500gm tepung beras.
  • 5 Cawan santan
  • 2 biji telur
  • 250 gm ikan bilis
  • 400 gm kacang dal-direndam semalaman
  • 2 sb Ketumbar
  • 2 sb  Jintan manis
  • 2 sb Jintan putih
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci kunyit hidup
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk mengoreng

Cara membuatnya:-
1)Bawang putih,kunyit hidup,ikan bilis,ketumbar,jintan putih dan jintan manis di tumbuk/di kisar.
2)Masukan bahan yang telah di kisar kedalam tepung beras.
3)Masukan santan ,telur,garam dan kacau sehingga tidak bergentel.
4)Panaskan minyak kedalam kuali dan serakan adunan yang telah di isi kacang dal ditepi kuali.
5)Bila telah siap simpan rempeyek di dalam bekas kedap udara