Sunday 31 May 2015

Biskut Kacang/Mazola



  • Biskut Kacang/Mazola
  • Bahan-bahan( +- 100 keping )
  • 1 cawan rata gula icing(130g) @ jika guna gula halus kurangkan 2 sudu makan(110g)
  • 2 1/2 cawan tepung gandum(250g)
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 sudu teh baking powder
  • *semua bahan di atas diayak bersama.
  • 1 cawan membukit kacang tanah kisar.(disangri, dibuang kulit, dikisar baru disukat)
  • minyak mazola @ minyak jagung secukupnya
  • lebihan kacang tanah sangai td & kuning telur utk sapu.

Cara-cara:
  1. Campur rata kacang tanah kisar(akk suka kisar agak kasar sikit, supaya krupkrap) bersama bahan2 yg diayak tadi.
  2. Uli bahan2 tadi bersama minyak mazola hingga menjadi 1 doh yg lembut dan boleh diterap.
  3. Gelek doh antara 2 plastik, terap dengan acuan yg digemari(celup dalam tepung acuan sebelum menerap supaya lekang). susun dlm dulang bersapu majerin dan letakkan 1/2 biji kacang tanah yg dah disangrai td.
  4. Sapu kuning telur atas biskut termasuklah sang kacang tu.. bakar dlm oven yg telah dipanaskan terlebih dahulu. suhu 150c, +- 30 atau hingga masak mengikut kebiasaan oven msing2.

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum.
Sila tinggalkan komen anda di sini.