Wednesday, 10 April 2013

WW-Kuih Makmur




Kuih Makmur
Oleh:Norzie hany

Bahan A:
  • 100gm mentega lembut
  • 50gm minyak sapi
  • 250gm tepung gandum-sangai 
  • Pewarna hijau-jika suka
Bahan B(inti):
  • 200gm kacang tanah
  • 40gm gula halus
Bahan C(salut):
  • Gula aising
Cara-cara:
  1. Goreng kacang tanah tanpa minyak(sangai)hingga garing.Buang kulit dan kisar/tumbuk halus.Gaul dengan gula dan ketepikan.
  2. Satukan mentega bersama minyak sapi dan pewarna hijau dalam mangkuk adunan,kacau dengan senduk kayu hingga sebati.
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul hingga menjadi doh.sekiranya adunan masih lembik tambah lagi tepung.
  4. Ambil sedikit doh leperkan masukkan inti dan bentukkan bujur sepit diatasnya seperti daun.  
  5. Bakar dengan suhu 170c(mengikut kepanasan suhu oven masing2)hingga masak.
  6. Bila sejuk,salut dengan gula aising(bahanC)  

12 comments:

  1. kuih feberet saya ni tapi nak buat malas!!

    ReplyDelete
  2. Ank sy suka...tp x pndai n x smpt nk buat... Tq sharing ..leh try next time...

    ReplyDelete
  3. mcm dah nak raya je.. ada gambar biskut.. tapi tak per.. :)

    ReplyDelete
  4. Sedapnya... akak suka biskut makmur... yummy

    ReplyDelete
  5. sedapnyeeee.. macam nak raya jer kan~

    ReplyDelete
  6. selalu buat biskut ni tapi tak berinti..

    ReplyDelete
  7. sedapnya , kalau sy makan x berenti kuih ni he heee sukerrr sgt

    ReplyDelete
  8. teringat zila masa arwah atuk ada selalu tlg nenek kepit kuih makmur ni..

    ReplyDelete
  9. lamanya tak tgk kuih ni..nostalgia betul..tingat arwah tok..masa dia ada selalu buat ni..

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
Sila tinggalkan komen anda di sini.