Friday, 26 April 2013

Croissant

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Rindunya kat korang semua khasnya rakan2 blogger yang di sayangi....maaflah memang terlalu sibuk dan tak sempat dah nak berkunjung ke blog kalian seperti selalu.Apapun terima kasih kepada semua follower dan pengunjung kerana masih sudi singgah di blog SNH.
Hari ni sis nak berkongsi resepi croissant yang sis belajar di KKMT tempoh hari.Agak sukar juga nak buat croissant bertanduk ni,proses mencanai dan melipat doh ni memerlukan masa yang agak lama juga. Terima kasih kepada Pn Raja Norhafizah sebagai tenaga pengajar,memang bersungguh betul ketika mengajar kami,mujur pulak cuma 5 orang saja.Ilmu yang sedikit ini,sis kongsikan di sini semoga sedikit sebanyak boleh di jadikan panduan kepada sesiapa yang berminat ingin mencuba.




Croissant

Bahan-bahan:
  • 1 kg tepung roti/high protein flour
  • 100 gm gula
  • 10 gm garam
  • 50 gm susu tepung
  • 20 gm yis
  • 50 gm mentega
  • 10 gm bread improver
  • 1 biji telur
  • 500 ml air sejuk(untuk merangupkan)
  • 400 gm butter croissant
Cara-cara:
1.Satukan tepung,gula,susu tepung,yis ,bread improver dan gaul rata selama 3 minit.
2.Kemudian masukkan garam dan seterusnya telur,air dan akhir sekali masukkan air.
3.Uli adunan hingga menjadi doh dan lakukan ujian elastic(cara lebih kurang sama macam buat roti).
4.Apabila doh telah siap:-
  • Canai doh dan leperkan.
  • Letakkan butter croissant di tengah-tengah doh tadi.
  • Lipat dan canai sekali lagi.
  • Buat single folder/double folder dan masukkan dalam peti ais untuk di sejukkan selama 20 minit.
  • Keluarkan dari peti ais dan ulang langkah di atas selama 3x.
  • Canai doh menjadi nipis(tidak terlalu tebal dan terlalu nipis).
  • Potong segi tiga untuk membuat croissant.Gulung seperti tanduk dan rehatkan 30 minit(hingga mengembang) .
  • Sapukan telur yang di pukul dengan susu cair di atasnya. 

5.Bakar pada suhu 160c selama 20 minit atau hingga masak.
6.Bila dah siap bolehlah di belah tengah dan masukkan tuna atau inti kesukaan masing2.

*Untuk membuat danish letakkan filling sebelum di bakar.


Wednesday, 10 April 2013

WW-Kuih Makmur




Kuih Makmur
Oleh:Norzie hany

Bahan A:
  • 100gm mentega lembut
  • 50gm minyak sapi
  • 250gm tepung gandum-sangai 
  • Pewarna hijau-jika suka
Bahan B(inti):
  • 200gm kacang tanah
  • 40gm gula halus
Bahan C(salut):
  • Gula aising
Cara-cara:
  1. Goreng kacang tanah tanpa minyak(sangai)hingga garing.Buang kulit dan kisar/tumbuk halus.Gaul dengan gula dan ketepikan.
  2. Satukan mentega bersama minyak sapi dan pewarna hijau dalam mangkuk adunan,kacau dengan senduk kayu hingga sebati.
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul hingga menjadi doh.sekiranya adunan masih lembik tambah lagi tepung.
  4. Ambil sedikit doh leperkan masukkan inti dan bentukkan bujur sepit diatasnya seperti daun.  
  5. Bakar dengan suhu 170c(mengikut kepanasan suhu oven masing2)hingga masak.
  6. Bila sejuk,salut dengan gula aising(bahanC)  

Monday, 8 April 2013

Red Velvet Cake



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Hari ni sis nak berkongsi resepi kek red velvet yang sis belajar semalam di KKMT.Sebelum ni pernah sekali sis cuba buat kek ni mengikut resepi rakan blogger(sorry ye....tak ingat dah blog mane) dan resepinya pun sikit lebih kurang sama kot.Terima kasih kepada Nurul Hidayah selaku tenaga pengajar yang banyak memberi tunjuk ajar dalam proses membuat kek red velvet ni.Sis mohon share resepinya di sini untuk rujukkan dimasa akan datang dan rakan2 yang lain.


Red Velvet Cake
Oleh:Norzie hany

Bahan A-Untuk di ayak bersama
  • 250gm tepung gandum
  • 1 tsp baking powder
  • 2 tsp cocoa powder
*Tepung gandum dan baking powder boleh juga di gantikan dengan tepung naik sendiri.

Bahan B:
  • 240 ml susu cair
  • 1 tsp cuka
  • 2 tbsp pewarna merah
*Campurkan susu cair dan cuka biarkan sebati bersama selama 10 minit kemudian baru masukkan pewarna merah.Kacau rata dan ketepikan.

Bahan C:
  • 113 gm butter
  • 300 gm gula kastor
  • 2 biji telur (gred A/B)
  • 1 tsp esen vanilla
Bahan D:
  • 1 tsp cuka
  • 1 tsp soda bicarbonate
Topping-Cream cheese frosting.
  • 200gm cream cheese Philadelphia
  • 200 gm butter
  • 1 tsp esen vanilla
  • 1/4 cawan gula aising-ayak
*Boleh tambah sedikit perasa lemon jika suka-untuk mengurangkan bau cheese. 

Cara-cara:
  1. Pukul butter dan gula hingga kembang.
  2. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan juga esen vanilla.Putar lagi hingga sebati.
  3. Masukkan tepung berselang seli dengan susu(bahan B).Semasa proses ini masukkan tepung dahulu dan berakhir dengan tepung juga.Putar lagi hingga sebati.
  4. Campurkan cuka dan soda bicarbonat(bahan D)biarkan hingga buih hilang dan baru masukkan dalam adunan dan kacau sebati menggunakan senduk kayu.
  5. Masukkan dalam loyang yang telah di lenser dan bakar dalam suhu 180c selama 45 atau hingga masak.Suhu mengikut kepanasan oven masing2.
Untuk topping:
  1. Putar cream cheese dan butter hingga kembang dan masukkan gula asing sedikit demi sedikit dan putar lagi.Masukkan esen vanilla atau perasa lemon jika suka.
  2. Bila kek telah sejuk bolehlah diletakkan cream cheese frosting di atasnya.
  3. Selamat mencuba.