Saturday, 9 March 2013

Kari Ayam Klasik Dengan Telur


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Kari ayam klasik dengan telur....sedap dimakan dengan nasi putih atau nasi minyak.Sesuai juga dicicah dengan lempeng,roti canai atau roti jala.Terima kasih kepada CMG kerana sudi berkongsi resepi yang enak ini dan sis mohon share di blog ni sebagai rujukkan sendiri dan rakan2 yang lain.


Kari Ayam Klasik Dengan Telur
Sumber:CMG

BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 500 gram ayam, kerat ikut suka (mat guna ayam kampung yang muda), cuci bersih dan toskan
  • 3 biji kentang, kupas dan belah 4 setiap 1, rendam
  • 1 batang lobak merah, dipotong berbaji, rendam
  • 5 biji telur rebus, dikupas kulitnya
  • 2 camca besar penuh rempah kari daging (mat guna rempah Baba's, atau rempah pilihan anda)
  • 1 camca besar penuh rempah kurma (jenama Baba's )
  • 2 camca besar cili kisar
  • 1 keping asam gelugor
  • Air secukupnya
  • 300 ml pati santan
  • 1 camca besar minyak sapi
  • Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR HALUS :-)
  • 1 biji bawang besar
  • 5 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 1/2 inci halia
  • 3 biji buah keras, hiris
  • 1 batang serai, hiris
  • 1 inci kunyit hidup
BAHAN TUMIS :-)
  • 3 biji bawang merah, hiris
  • 1 ulas bawang putih, hiris
  • 2 tangkai daun kari
  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan bahan kisar halus bersama rempah kari dan rempah kurma, kacau rata hingga sebati, jika perlu tambah sedikit air. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan minyak sapi. Biar minyak sapi cari. Masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum, tambah cili kisar dan tumis hingga cili garing. Tambah rempah + bahan kisar tadi. Masak dengan api kecil hingga rempah garing dan naik minyak, kacau selalu.
  2. Masukkan ayam, gaul rata dan masak hingga ayan kecut. Tuang air secukupnya, kacau dan masak hingga ayam 1/2 empuk. Tambah kentang dan lobak merah (toskan). Masak hingga kentang hampir empuk. Tambah asam gelugor, telur rebus dan pati santan. Kacau.
  3. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Masak dengan api perlahan hingga kentang dan lobak merah empuk. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi, sambal belacan dan lauk2 lain..

4 comments:

  1. memang sedap kari ayam nie..thanks..salin resepi..:-)

    ReplyDelete
  2. Wah! Sedapnya... ayam dan telurnya sekali harung jadi satu menu...nyum nyummmm!

    ReplyDelete
  3. Nampak sedapppp ;D

    ReplyDelete
  4. ayam ita tak makan...
    jadi terliur sangat tengok kari telor tu...

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
Sila tinggalkan komen anda di sini.