Saturday, 6 October 2012

Lemak Pucuk Ubi Dengan Tempe


Assalamualaikum semua.
Masak lemak pucuk ubi dengan tempe....antara masakan kampung kegemaran sis.
Sis buat sambal belacan sikit,goreng ikan puyu perkasam....sedap tau makan dengan nasi panas2.Ada masak lauk lain untuk anak dan hubby...depa tak makan ini lauk.
Pucuk ubi import dari kampung koi Temerloh...banyak pulak mak tanam pokok ubi.Untung sape yang berjiran dengan mak ai,teringin nak makan pucuk ubi datang petik sendiri.Kat tempat tinggal sis pun tak susah nak cari pucuk ubi sebenarnya.Berlambak-lambak orang jual kat pasar besar atau pasar borong.Yang bezanya kalau ambil kat kampung kita pilih pucuk yang muda2 dan lembut.


Lemak Pucuk Ubi Dengan Tempe
Oleh:Norzie hany

Bahan-bahannya:
  • 1 cekak pucuk ubi -celur dan potong
  • 2 keping tempe-potong 
  • 3 biji bawang merah-hiris
  • 2 ulas bawang putih-hiris
  • 1 cm halia-hiris
  • 5 biji cili padi/cili merah-hiris
  • 1 genggam ikan bilis-tumbuk
  • 300ml santan pekat
  • 700ml santan cair
  • Garam dan gula secukup rasa
Cara-caranya:

  1. Satukan santan cair,bahan yang di hiris dan masak hingga mendidih.
  2. Masukkan tempe dan pucuk ubi dan kacau rata.
  3. Biar sebentar dan masukkan santan pekat.
  4. Perasakan dengan garam dan gula.
  5. Setelah mendidih padamkan api.
  6. Angkat dan hidangkan.


7 comments:

  1. sedap ni..tapi dah lama tak mkn tempe..
    dok johor senang nk dapat tempe..fresh2 lagi..

    ReplyDelete
  2. salam kak...bikin kecur air liur jer..kat badar nak crk pucuk ubi kn la p pasar malam....kalau kat umah mak blkng umah pun dpt...:))

    ReplyDelete
  3. Pas untuk dimakan saat siang hari.. segar..

    ReplyDelete
  4. biasanya ini makanan orang jawa johor. orang kedah tak pandai makan tempe...payah nak dapat tempe sedap, tu lama tak buat menu ini..

    ReplyDelete
  5. sedapnya... dah lama tak makan tempe nih~

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
Sila tinggalkan komen anda di sini.