Wednesday, 18 July 2012

Talam Gula Merah Dan Soalan Kuiz 1,2 dan 3.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Kuih talam dalam en3 ni adalah yang kedua sis buat guna resepi milik Yatie.First time buat tak sempat nak snap gambar,kebetulan adik pulak datang rumah...sekejap aje licin.Rupanya dia memang suka makan kuih talam dua muka ni.
Kredit untuk Yatie atas resepi talam yang sgt enak dan cukup segala rasa manis,masin dan lemak ni.

Sebelum tgk resepinya jom la kita ramai2 memeriahkan giveaway yang dianjurkan oleh peserta masterchef musim pertama tekan SINI

Soalan kuiz 1 di SINI

Soalan kuiz 2 di SINI

Soalan kuiz 3 di SINI.
Jom tengok resepi yang sis ambil dari blog Yati.


Talam Gula Merah
Oleh:Norzie hany

Bahan utk lapisan bawah

* 200gm gula merah

* 2 sudu gula pasir
* 2 1/2 cwn air biasa
* 1 cwn tepung gandum
* 1 sudu besar tepung ubi
* 1 sudu besar air kapur

Cara-cara
1. Masak gula merah dan gula pasir bersama2 dngn air. Sejukkan.
2. Sementara itu panaskan pengukus dan balut dngn kain penutupnya.
3. Satukan semua bahan, kacau sehingga semuanya larut dan tapiskan. Masak sebentar di atas api sederhana dan sentiasa kacau.
4. Tuangkan dalam loyang yang telah disapu sedikit minyak.
5. Kukus selama 20 minit. Setelah masak,cakar2 sedikit di atas permukaannya dan tuang adunan lapisan atas.

Lapisan Atas
* 3 cwn santan pekat
* 1 cwn tepung beras
* Sedikt garam

Cara-cara
1. Satukan semua bahan, kacau sehingga sebati dan tapiskan.
2. Kacau atas api sederhana sehingga adunan hampir pekat.
3. Tuang atas adunan bawah dan kukus sehingga masak (selama 20 minit)
4. Sejukkan dahulu sebelum di potong.

18 comments:

  1. wah sedap nampak kuih talam tuh..eheee

    ReplyDelete
  2. ni bakal2 pemenang nih, good luck Norzie & talam tu mesti sedap!!

    ReplyDelete
  3. Sayer mmg suker kuih talam..tp belom pernah buat sendiri..
    Bila tgok resepi ni mcm nak try wat sendiri pulak..

    ReplyDelete
  4. assalam sis
    sedap,sy pun peminat kuih talam, selalu makan pagi sgai sarapan
    bulan posa ni bolehlah buat juadah berbuka kan

    ReplyDelete
  5. sedapnya tgk...mak wani selalu gak buat hihi

    ReplyDelete
  6. sedapnya..tq dear kongsi resepi ;-)

    ReplyDelete
  7. suka makan kuih talam....kalau masa kecik2 dulu saya makan yg santan tu jer...yg koko tu bagi mak

    ReplyDelete
  8. air kapur tuh wajib guna ke?kalau tak letak..ada kurang ke rasa nya nanti?

    ReplyDelete
  9. Norzie tiap-tiap hari mesti ada masak kuih ye. Rajin betullah... kuih talam memang sedap.

    ReplyDelete
  10. sedapnya dya tgk kuih talam tu..nk try buat lah

    ReplyDelete
  11. nampak sedappp... lapar plak rasa.

    ReplyDelete
  12. Bleh la cuba pada bulan posa ni...

    ReplyDelete
  13. assalam norzie acik memang suka sangat makan tlam ni..lembut je

    ReplyDelete
  14. puasa ni ingat nak cuba la resepi kak yati ni....:)

    goodluck GA tu ye kak..:)

    ReplyDelete
  15. kuih talam ni memang sedap..
    arwah mak suka sangat makan..

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
Sila tinggalkan komen anda di sini.