Sunday 1 July 2012

Tart Buah


Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu kepada semua rakan2 di alam maya yang disayangi.
Jom kita berkongsi citer pasal tart buah yang mejadi kegemaran sis ni.Sebelum ni memang selalu makan tart buah ni,beli dekat kedai kek yang berdekatan tempat tinggal sis.Memang tak pernah terfikir nak buat sendiri,tapi bila tengok ramai rakan2 blogger yang selalu buat berbagai tart di dapur mereka hati pun terdetik nak cari resepi tart buah kegemaranku ini.Syukur Alhamdulillah percubaan pertama yang tidak menghampakan....sumpah sedap sgt2 macam tart buah yang selalu sis beli tu.


Hubby tanya kenapa buah2 ni tertangkup aje,nape tak letak buah banyak2....alahai hubbyku ini.Sis cuma jawab lain kali kita bubuh buah byk2 tapi kena cari buah yang bersaiz kecil sikit.Kalau nak tahu yang selalu sis beli kat kedai macam ni la depa isi buah...seketul aje.Lepas ni kalau teringin nak makan tart buah tak payah nak beli2 lagi...kita buat sendiri guna resepi dari CMG@Dapur Tanpa Sempadan.Terima kasih banyak2 ye CMG kerana sudi berkongsi resepi tart buah yang enak ini dan sis mohon cnp di blog ni sebagai panduan sendiri dan rakan2 yang lain.


Tart Buah
Oleh:Norzie hany


BAHAN KULIT TART :-)
150 gram tepung halus (tepung gandum pun ok)
25 gram gula aising, diayak
70 gram mentega sejuk, didadu kecil
1 biji telur, dipukul sedikit
1/2 camca teh esen vanilla

BAHAN KASTARD :-)
1 cawan susu segar
1 1/2 camca besar tepung kastard
1 1/2 camca besar gula halus
1 camca teh esen vanilla
1 camca besar mentega

BAHAN-BAHAN LAIN :-)
Buah starwberry segar secukupnya
Buah kiwi secukupnya, hiris
Sedikit coklat susu, dicairkan (cooking chocolate also can lah!)
Piping jelly
Croquant secukupnya (bertih jagung kisar)-Sis tak letak

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. UNTUK KULIT TART :- Gaul tepung, gula aising dan mentega sejuk hingga menjadi teksture seakan2 serbuk roti, guna hujung jari saja. Tuang esen vanilla dan masukkan telur sedikit demi sedikit dan digaul hingga menjadi doh. Rehatkan sekejap. Sediakan acuan tart, ambil doh tadi sebesar duti 20 sen dan tekan dalam acuan tat dan bentukkan mengikut acuan tadi dan kemaskan. Buat hingga siap, cucuk sikit degan garfu pada dasar doh dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 25 minit. Biar sejuk sebentar dan keluarkan dari acuan. Sejukkan atas jaringan dan boleh simpan dalam bekas kedap udara untuk kegunaan kemudian.
  2. UNTUK KASTARD :- Satukan semua bahan untuk kastard kecuali mentega dan esen vanilla, dalam periuk. Kacau dengan whisk hingga semua sebati. Masak atas api kecil hingga kastard pekat, kacau selalu. Matikan api, masukkan esen vanilla dan mentega. Kacau rata dan ketepikan sebentar, biar sejuk sedikit.
  3. UNTUK FRESH FRUIT TART :- Buah strawberry dipotong 2 atau ikut saiz kulit tart, begitu juga buah kiwi. Ambil satu kulit tart, sapu sedikit coklat cair pada dasarnya, kemudian sudukan kastard 1/2 penuh. Susun buah strawberry dan kiwi tadi. Beruskan dengan sedikit piping jelly pada permukaan buah dan tepi kulit tart. Berhati2 tabur croquant disekeliling tart. Buat kaedah sama untuk baki kulit tart dan buah2an segar tadi. Boleh hidangkan. Sesuai untuk majlis formal atau santai. Boleh juga disimpan dalam peti sejuk.

20 comments:

  1. menariknya..kalau budak-budak mesti suka ni..:)

    ReplyDelete
  2. mmm sedap nye tat..sbb saya ske tat keju..tat buah mesti lg sedap :)

    ReplyDelete
  3. mmmm...geramnya! nak rasa semua jenis tart yang pelbagai buah tu...

    ReplyDelete
  4. sedap tu kak.. sy pun suke jugak :-)

    ReplyDelete
  5. sedap tu .. suka makan.. tak berkesempatan nak buat lg :)

    ReplyDelete
  6. waaaaaaaaa... lama tak buat tart buah, mmg sedap, kannnnnnnn

    ReplyDelete
  7. huhu.. comel lak tgk tart buah tu & nampak yummyyy.. ;)

    ReplyDelete
  8. alahai...comelnye...mmg sedap kastard resepi Che Mat Gebu untuk filling fruit tart. kiut miut fruit tart tuuuu...

    ReplyDelete
  9. As salam. Salam kenal utk Norzie. Sungguh menyelerakan.

    ReplyDelete
  10. assalam sis
    rajinnya sis,comel2, sedap dan senang nk ngap
    sy pun peminat jgak ni, kalu buat suka letak buah peach dlm tin tu dan strawbery, rasa masam2 manis he he

    ReplyDelete
  11. Tq Norzie..
    emm bestnya lom pernah buat f fruit lagi.
    leh tanya? kulit tart norzi jadi lemau tak bila dah letak filing tu? maksudnya selepas simpan dalam bekas?
    haritu try buat guna resipi kak azlita aziz, dia jadi lemau selepas simpan.... itu tart bluebery

    ReplyDelete
  12. best nyer fav sy ni!
    nk sket? hehee

    ReplyDelete
  13. Zie,kulit tart tu sis sapu dgn coklat masakan yang tlh di cairkan.Kulitnya pasti tak lemau.Nanti Zie cuba ye.

    CATATAN MAT GEBU :- Tujuan menyapu coklat cair ialah bagi mengelakkan kulit tart menjadi lemau terkena kastard dan jus dari buah2an segar tadi.

    ReplyDelete
  14. yang ni saya xpenah nak buat lagi sebabnya tart mould xdok..nak beli kat sini mahei*kedekut;p*
    so, saya ambik 10 ketui kat sini je la ye..hehe

    ReplyDelete
  15. dah lama tak makan tart buah...rindu pulak nak mamam..

    ReplyDelete
  16. wow..pandai akak...saya tak pernah cuba lagi

    akak tau dh ker akak menang ga izam mama mia...hadiah dari saya..nanti kasi alamat kat fb ye..

    ReplyDelete
  17. sedapnya kak norzie..buat sendiri memang puas hati dan terjamin halalnya..hehehhe

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
Sila tinggalkan komen anda di sini.