Tuesday 19 March 2013

Kek Lapis Asam Manis

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Kek lapis asam manis ni sis buat baru2 ni,dah tak ingat pulak harinya....maklumlah sibuk sangat sejak akhir2 ni,tu yang tak dapat nak update blog hari2.Buat masa ni tak dapatlah sis nak blogwalking seperti dulu2,tak sempat sangat2 huhuhu.Apapun ribuan terima kasih kepada semua penggunjung blog SNH yang masih sudi singgah di sini.  

 Sedap kek ni,terima kasih kepada penyumbang resepi kek ni.


Kek Lapis Asam Manis
Sumber:Buku resepi asas kek lapis

Bahan-bahan:
  • 450gm mentega
  • 10 biji telur gred A
  • 180gm gula halus/kastor
  • 10gm ovelette
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 375gm susu pekat
  • 160gm tepung hong kong
  • Asam manis/haw flakes
  • Pewarna hijau,merah dan kuning
Cara-cara:
  1. Masukkan mentega kedalam mangkuk adunan dan pukul sebentar.
  2. Kemudian masukkan esen vanilla,pukul hingga kembang.
  3. Masukkan gula dan ovellete ke dalam adunan dan terus putar.
  4. Seterusnya masukkan telur satu persatu ke dalam adunan tadi dan putar lagi.
  5. Masukkan susu pekat sedikit demi sedikit kedalam adunan kemudian kacau rata.
  6. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau sebati. 
  7. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian.Warnakan hijau,merah dan kuning.
  8. Masukkan 4 sudu makan adunan hijau kedalam loyang 8x8 yang telah dilenserkan berserta kertas minyak dan bakar dengan api atas dan bawah hingga berwarna keperangan.
  9. Angkat dan tekan permukaan kek dengan penekan agar permukaan kek rata.
  10. Kemudian masukkan adunan merah,ratakan dan bakar guna api atas sahaja hingga keperangan.Angkat buat seperti proses no 9.
  11. Masukkan adunan kuning dan susun kepingan asam manis/haw flakes dipermukaan kek dan bakar hingga keperangan.  
  12. Bakar berselang seli hingga adunan habis.
*Taburkan kepingan asam manis di atas adunan di setiap 3 lapisan. Bakar dengan suhu 180c atau mengikut suhu oven masing2.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Wednesday 13 March 2013

WW-Ayam Panggang Madu


Ayam Panggang Madu
Sumber:CMG

BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 3 keping peha ayam bersaiz besar
  • 1 inci halia*
  • 3 ulas bawang putih*(*tumbuk halus)
  • 2 camca besar madu
  • 1 camca besar sos tiram
  • 1/2 camca besar kicap pekat
  • 1 camca teh lada hitam kisar
  • Beberapa titik minyak bijan
  • Sedikit mentega atau marjerin
  • Garam secukup rasa
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Peha ayam dicuci bersih, tak perlu buang kulitnya. Cucuk2 bahagian isi ayam. Kemudian lap kering dengan kitchen paper towel. Letak dalam satu bekas.
  2. Masukkan bahan tumbuk halus, madu, kicap pekat, sos tiram, lada hitam kisar dan minyak bijan. Gaul rata terutama dibahagian antara kulit dan isi ayam. Tambah garam secukup rasa, kemudian perap 1 - 2 jam (nak sedap perap semalaman dalam peti sejuk).
  3. Panaskan oven pada suhu 200C, lenser bekas pembakar dengan sedikit mentega atau marjerin. Letak ayam yang diperap tadi. Bakar selama 40 minit atau hingga masak. Sementara itu baki bahan2 pemerap dipanaskan sedikit hingga pekat dan guna untuk menyapu pada ayam setiap kali dibalik2kan.
CATATAN MAT GEBU :- Mat bakar guna kuali ajaib dan lebihan bahan perap yang mat panaskan hingga pekat, dan tambah sedikit madu. Kacau rata dan guna untuk menyapu pada permukaan ayam. Lumur juga sedikit mentega atau marjerin pada ayam sebelum dibakar..

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Tuesday 12 March 2013

Kek Lapis Alwani


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hari ni sis nak berkongsi resepi kek lapis alwani,tidak berapa sukar buat kek ni cuma 3 lapisan aje.Rasanya memang sedap dan bahan-bahan yang digunakan pun tak banyak.Terima kasih kepada Dayang kerana sudi berkongsi resepi kek lapis alwani ni dan sis mohon share di blog ni sebagai rujukkan sendiri dan teman2 yang lain.
Selamat mencuba.




Kek Lapis Alwani

Bahan-bahan :
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/3 cawan horlicks (original)
  • 5 biji telur A
  • 1/2 cawan gula halus
  • 200 gm marjerin / mentega
  • 1/3 cawan susu pekat manis
  • 1/3 cawan kismis hitam
  • 1 sdt esen vanilla
  • pewarna oren, merah dan hijau
Cara-cara :

  1. Sediakan pengukus. Panaskan airnya. Sediakan loyang berukuran 6 inci. Lengserkan dgn mentega dan taburkan dgn sedikit tepung.
  2. Gaulkan kismis bersama sedikit tepung (1 sudu makan). Ketepikan.
  3. Ayak tepung bersama horlicks di dlm satu bekas yang agak besar. Ketepikan seketika.
  4. Pukul marjerin dgn gula sehingga kembang dan putih.
  5. Masukkan telur satu demi satu sambil diputar.
  6. Masukkan susu pekat dan putar lagi
  7. Masukkan tepung dan putar hingga sebati.
  8. Masukkan esen vanilla. Ratakan.
  9. Bahagikan adunan kpd 3 bahagian. Warnakan merah, hijau dan oren.
  10. Tuangkan adunan merah ke dlm loyang terlebih dahulu, dan taburkan kismis di atasnya. Kemudian, tutuplah loyang dgn kertas foil atau plastik. Kukus selama 7 minit.
  11. Ulangi langkah 10 utk lapisan hijau. Kukus selama 15 minit.
  12. Akhir sekali tuangkan lapisan oren dan taburkan kismis. Kukus lama sikit (kira2 1 jam) atau sehingga ia masak.
***kek ni saiz kecil, gandakan bahan2nya jika nak buat yang saiz besar.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Monday 11 March 2013

Buku Resepi Variasi Kek Lapis

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. 
Hobi tuan blog memang suka sangat beli majalah,novel dan buku-buku resepi.Sejak tahun 2005 lagi dah start beli majalah mingguan wanita,kalau nak tahu dah satu almari penuh dengan majalah ni....mana taknya sebulan 4 kali keluaran.Setiap kali beli majalah ni helaian yang mula2 sis buka ialah bahagian resepi.Minat memasak membuatkan sis rajin beli majalah/buku2 berkaitan resepi seperti majalah rasa,nona dan banyak lagi.
Terus pada tajuk en3....Sudah dua bulan lepas beli buku resepi ni,harganya taklah mahal sangat cuma Sem.Malaysia Rm19.90 dan Sabah/Sarawak Rm22.90.Buku resepi variasi kek lapis hasil karya Noraini Zakaria ni memang sangat menarik.Setiap resepi kek lapis yang disediakan disertakan sekali langkah demi langkah cara membuatnya dan sangat sesuai kepada mereka yang baru hendak belajar membuat kek lapis.
Di en3 akan datang sis akan sertakan info menarik yang terdapat dalam buku variasi kek lapis ni untuk rujukkan kita semua.Kepada yang berminat nak membuat pelbagai jenis,corak,warna dan lapisan yang lebih menarik untuk kek lapis anda....jom dapatkan buku ini pasaran dengan segera.  



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Saturday 9 March 2013

Kari Ayam Klasik Dengan Telur


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Kari ayam klasik dengan telur....sedap dimakan dengan nasi putih atau nasi minyak.Sesuai juga dicicah dengan lempeng,roti canai atau roti jala.Terima kasih kepada CMG kerana sudi berkongsi resepi yang enak ini dan sis mohon share di blog ni sebagai rujukkan sendiri dan rakan2 yang lain.


Kari Ayam Klasik Dengan Telur
Sumber:CMG

BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 500 gram ayam, kerat ikut suka (mat guna ayam kampung yang muda), cuci bersih dan toskan
  • 3 biji kentang, kupas dan belah 4 setiap 1, rendam
  • 1 batang lobak merah, dipotong berbaji, rendam
  • 5 biji telur rebus, dikupas kulitnya
  • 2 camca besar penuh rempah kari daging (mat guna rempah Baba's, atau rempah pilihan anda)
  • 1 camca besar penuh rempah kurma (jenama Baba's )
  • 2 camca besar cili kisar
  • 1 keping asam gelugor
  • Air secukupnya
  • 300 ml pati santan
  • 1 camca besar minyak sapi
  • Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR HALUS :-)
  • 1 biji bawang besar
  • 5 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 1/2 inci halia
  • 3 biji buah keras, hiris
  • 1 batang serai, hiris
  • 1 inci kunyit hidup
BAHAN TUMIS :-)
  • 3 biji bawang merah, hiris
  • 1 ulas bawang putih, hiris
  • 2 tangkai daun kari
  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan bahan kisar halus bersama rempah kari dan rempah kurma, kacau rata hingga sebati, jika perlu tambah sedikit air. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan minyak sapi. Biar minyak sapi cari. Masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum, tambah cili kisar dan tumis hingga cili garing. Tambah rempah + bahan kisar tadi. Masak dengan api kecil hingga rempah garing dan naik minyak, kacau selalu.
  2. Masukkan ayam, gaul rata dan masak hingga ayan kecut. Tuang air secukupnya, kacau dan masak hingga ayam 1/2 empuk. Tambah kentang dan lobak merah (toskan). Masak hingga kentang hampir empuk. Tambah asam gelugor, telur rebus dan pati santan. Kacau.
  3. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Masak dengan api perlahan hingga kentang dan lobak merah empuk. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi, sambal belacan dan lauk2 lain..

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Wednesday 6 March 2013

WW-Biskut Buah Kana


Biskut Buah Kana

Bahan-bahan :
  • 1 1/4 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung kastard
  • 1/2 cawang tepung jagung
  • 1/2 cawan marjerin / mentega
  • 1/2 sk serbuk penaik / baking powder
  • 1 biji telur
  • 1 sk esen vanilla - optional
  • 1/2 cawan gula kastor (dikisar halus) - jika menggunakan gula aising, lebihkan sedikit sukatannya.
  • jem secukupnya
Cara-cara :
  1. Tepung gandum, tepung jagung, tepung kastard dan serbuk penaik diayak  bersama.
  2. Pukul gula, mentega dan telur hingga sebati. Masukkan vanila, kacau rata.
  3. Masukkan tepung. Uli perlahan menjadi doh. Simpan di dalam bekas kedap udara sementara membentuknya. 
  4. Untuk membentuk, ambil sedikit dan tekan ke dalam acuan buah kana. Ketukkan acuan dan susunkan biskut ke dalam dulang pembakar yang sudah dilengserkan dgn mentega/marjerin.
  5. Bakar pada 180 C selama 20-25 min atau hingga masak.
  6. Sapukan jem yg digemari pada biskut dan tutup kemas. 
*** Sapu jem semasa biskut tengah panas supaya ia cepat kering dan melekat dgn sempurna.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Tuesday 5 March 2013

Lemak Cili Padi Ikan Parang


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.Terima kasih kepada semua follower dan penggunjung blog SNH yang sudi singgah di sini.
Sebut ikan parang mesti teringat asam pedaskan tapi ikan parang juga sangat sedap kalau buat masak lemak cili padi.
Selamat mencuba.    


Lemak Cili Padi Ikan Parang

Bahan-bahan:
  • 4 keping ikan parang-dibersihkan
  • 2 batang serai-ketuk
  • 1 keping asam gelugor
  • Santan pekat-secukupnya 
  • 1 biji buah tomato-belah 4
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Sedikit minyak
Bahan kisar:
  • 10-15 tangkai cili padi-boleh tambah atau di kurangkan
  • 10 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 inci kunyit hidup
Cara-cara:
  1. Tumis bahan kisar dan serai hingga naik bau.
  2. Masukkan santan,asam gelugor dan kacau hingga mendidih.
  3. Kemudian masukkan ikan parang dan kacau perlahan hingga ikan masak.
  4. Akhir sekali baru masuk buah tomato.Angkat dan sedia untuk dihidangkan.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Monday 4 March 2013

Paprik Campur


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Kepada penggemar masakan Thailand bolehlah cuba resepi ni.
Selamat mencuba.

Paprik Campur

Bahan A
  • 100gm isi ayam (potong kecil)
  • 3 ekor sotong-saiz sederhana-potong bulat
  • 10 ekor udang-dibersihkan
  • 100gm bunga kobis -potong kecil
  • 10 gm kacang panjang/anak jagung-di potong
  • 1 biji cili capsicum-di potong
  • 1 biji bawang besar/holland-hiris bulat
  • 1 biji kecil lobak merah
  • 6 helai daun limau purut
  • 10 biji cili padi-di ketuk
  • 1/2 cawan air
Bahan B
  • 3 ulas bawang putih-tumbuk
  • 1 senduk cili kisar
  • 1 batang serai-ketuk
  • Sedikit minyak masak
Bahan C
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 2 sudu makan cili sos
  • Gula dan garam secukup rasa.
Cara memasaknya:
  1. Bersihkan ayam,udang,sotong lumur sedikit garam dan kunyit dan goreng separuh masak.Angkat.
  2. Tinggalkan sedikit minyak di dalam kuali dan tumis bahan B hingga naik bau.
  3. Masukkan semua bahan A termasuk ayam tadi kacau dan biarkan seketika.
  4. Akhir sekali masukkan bahan C dan biarkan ia mendidih sekejap dan angkat.
  5. Sedia di hidangkan.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...