Sunday 30 December 2012

Ikan Goreng Smar Tilem

 Assalamualaikum dan selamat berhari minggu kepada semua penggunjung blog SNH.
En3 hari ini masakan masyarakat jawa...Ikan goreng smar tilem.Resepi ni sis ambil dari majalah mingguan wanita 2006.Ada sesiapa yang tahu apa makna smar tilem?.Memang tidak dinafikan,masyarakat jawa terkenal dengan pelbagai jenis masakan yang enak-enak dan sedap-sedap belaka.Untuk resepi ni kalau di tukar kepada ikan siakap atau ikan bawal pun sedap.
Terima kasih kepada penyumbang resepi,mohon di panjangkan di blog ni untuk perkongsian bersama.
Kepada sesiapa yang beminat bolehlah mencuba ye. 


Ikan Goreng Smar Tilem
Oleh:Norzie hany
Sumber:Majalah Mingguan Wanita 2006

Bahan-bahan:
  • 2-3 ekor ikan kembung-bersihkan
  • 2 ulas bawang putih-titik
  • 2 biji bawang besar-potong bulat
  • 1/2 inci halia-hiris
  • 1 batang serai-titik
  • 1/2 batang lobak merah-potong dadu
  • 5 biji cili padi-belah 2/hiris kecil
  • 2 biji cili merah-hiris
  • 1 biji cili hijau-hiris(sis tambah)
  • 2 biji buah tomato-potong dadu
  • 2 sudu besar cili giling
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 1 cawan air
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya
Bahan hiasan:
  • 1 biji nenas-potong dadu(sis letak 1/4 biji)
  • 1 batang daun sup/saderi-mayang
Cara-cara:
  1. Lumur ikan dengan garam dan kunyit dan goreng garing.Angkat dan toskan.
  2. Dengan sedikit minyak,tumis cili giling hingga naik bau.
  3. Masukkan sos tomato dan semua bahan-bahan yang lain satu persatu.
  4. Masukkan air dan perasakan dengan garam dan gula.
  5. Apabila kuah sedikit pekat curah di atas ikan yang di goreng tadi.
  6. Hiaskan dengan nenas dan daun saderi.
  7. Sangat enak di makan ketika panas2

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Saturday 29 December 2012

Pulut Udang Utara

 Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hari ni nak tayang kuih kegemaran sis....pulut udang atau pulut panggang.Sebelum ini ada juga sis buat n3 pulut panggang atau pulut udang di SINI.Tapi untuk resepi ni ada sedikit penambahan bahan pada intinya....dari segi rasa kedua-duanya pun sedap. 
Pulut udang ni memang sedap di sajikan untuk sarapan pagi atau waktu minum petang....sis suka makan ketika kuih ni masih panas2.
Kepada sesiapa yang berminat bolehlah mencuba resepi ni ye. 


Pulut Udang Utara
Oleh:Norzie hany

Bahan untuk pulut:
  • Daun pisang yang dilayur secukupnya
  • Sedikit minyak
  • 2 cawan pulut-rendam 3 jam
  • 2 cawan santan
  • Sedikit garam
Caranya:
  1. Basuh pulut dan toskan.
  2. Masukkan kedalam loyang bersama santan dan garam.Gaul rata dan kukus sampai masak.Bila dah masak angkat.
Bahan inti(kisar) :
  • 1/2 biji kelapa parut - putih
  • 10 biji cili kering-kalau nak pedas boleh tambah
  • 1 inci kunyit hidup
  • 4 sudu besar udang kering
  • 7 biji bawang merah
  • 5 batang serai
  • 1 sudu makan ketumbar biji
  • 1 sudu tehl jintan manis
  • 1 sudu teh jintan putih
  • Sedikit air
  • Garam dan gula-secukup rasa
Cara buat inti:
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumis bahan kisar hingga naik bau.
  2. Masukkan garam dan gula secukupnya,tambahkan sedikit air jika perlu.
  3. Masukkan kelapa parut putih dan gaul hingga inti masak dan garing.
  4. Angkat dan sejukkan.
Cara buat pulut udang:
  1. Letakkan pulut yang dikukus tadi diatas daun pisang yang telah di sapu sedikit minyak.Tekan/leperkan pulut tadi.
  2. Masukkan inti ditengah2 pulut dan gulung daun dan semat dengan lidi di kedua hujung daun ni.
  3. Bakar atau panggang hingga garing.
*Korang nampak tak pic pulut panggang yang sebelum di panggang tu bersinar.Bila dah siap dan seblm panggang sis sapu dgn minyak di bahagian luar daunnya.Dgn cara ni bila dah siap bakar nanti tak la nampak kulit pisang tu kering sgt.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Friday 28 December 2012

Ayam Goreng Berempah Beriani Dayang

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Perkongsian resepi untuk hari ini....ayam goreng berempah beriani Dayang.Sebut ayam goreng semua orang sukakan.Kalau selalu kita goreng ayam lumur dengan garam dan kunyit aje,apa kata korang cuba pulak resepi dari Dayang ni.Kerak2 dia memang sedap dan rangup.Bahan2 yang di gunakan pun tak banyak dan cara membuatnya pun mudah.
Sis sertakan resepinya di sini untuk rujukkan semua.Sesiapa yang berminat bolehlah mencuba ye.


Ayam Goreng Berempah Beriani Dayang
Oleh:Norzie hany
Sumber:DayangJack

Bahan-Bahan :
  • 1 ekor ayam saiz sederhana (dipotong dan dibersihkan)
  • 2 tangkai daun kari
  • 2 sudu besar tepung jagung (DJ guna tepung goreng kfc)
  • 2 sudu besar rempah beriani (DJ guna 1 peket kecil rempah beriani Faiza)
  • 1 sudu besar rempah kari daging
  • 1/2 sudu makan serbuk kunyit
  • 1/2 sudu besar serbuk cili (-/+)
  • sedikit air sejuk (jika perlu)
  • 1 sudu makan kicap pekat
  • 1 sudu makan pes asam jawa
  • garam dan gula secukupnya

Bahan Kisar :

  • 6-7 batang serai
  • 6 biji bawang merah
  • 1 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
  • 4 ulas bawang putih

Cara-Cara :

  1. Gaulkan ayam bersama semua bahan di atas dan perapkan 1 jam atau semalaman (simpan dalam peti sejuk).
  2. Sediakan minyak untuk goreng terendam. Apabila sudah cukup panas, gorenglah ayam hingga masak keemasan.
  3. Hidangkan bersama nasi putih atau apa-apa sahaja jenis masakan nasi.

***Ayam ni sebelum diperap bersama perencahnya, DJ rebus 1/2 masak terlebih dahulu dan kemudian ditoskan dan barulah diperap. Ini utk mempercepatkan lagi masa memasak dan mengelakkan ia terhangus



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Thursday 27 December 2012

Ayam Masak Merah Bermadu

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Cepatnya masa berlalukan,tinggal beberapa hari aje lagi sesi persekolahan 2013 akan bermula.Tentu semua ibubapa sibuk menyediakan kelengkapan persekolahan untuk anak2.Sis pun dah buat persiapan untuk 2 orang anak bujang yang masih bersekolah...yang bongsu dah naik sekolah menengah tahun depan.
Hari ini sis nak berkongsi resepi yang sangat mudah....ayam masak merah bermadu.Lauk ni memang sangat sedap di makan dengan nasi berperisa seperti nasi tomato,nasi minyak,nasi briyani dan sebagainya.
Kepada sesiapa yang ingin mencuba sis sertakan resepinya di sini ye.
Selamat mencuba.


Ayam Masak Merah Bermadu
Oleh:Norzie hany

Bahan-bahannya:
  • 1/2 ekor ayam-potong kecil
  • 3 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar tomato pure/sos tomoto
  • 2 sudu besar madu
  • 1 batang serai-di titik
  • Air secukupnya
  • Garam dan gula secukup rasa.
  • Minyak-secukupnya 
Bahan tumis:
  • 1 biji bawang besar-hiris
  • 3 ulas bawang putih-hiris
  • 1sm halia-hiris
  • 1 batang kulit kayu manis
  • Sekuntum bunga lawang,
  • 4 kuntum cengkih 
  • 4 biji buah pelaga
Bahan kisar:
  • 25 tangkai cili kering-rebus dulu
  • 2 biji bawang besar
  • 5 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 3 biji buah keras
Cara-caranya:
  1. Lumur ayam dengan garam dan kunyit.Goreng separuh masak dan ketepikan.
  2. Panaskan lebih kurang 1/2 cawan minyak,masukkan bahan tumis dan goreng sampai naik bau.
  3. Masukkan bahan kisar dan serai,masak hingga cili garing dan pecah minyak.Kemudian masukkan sos cili dan sos tomato,kacau sebati
  4. Masukkan ayam dan sedikit air.Masukkan madu dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  5. Masak sehingga kuah agak pekat dan sampai pecah/terbit minyak.Kalau suka boleh letak kacang peas.
  6. Angkat dan hidangkan.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Wednesday 26 December 2012

WW-Gulai Lemak Nenas Dengan Ikan Duri Masin


Gulai Lemak Nenas Dengan Ikan Duri Masin
Oleh:Norzie hany

Bahan-bahannya:
  • 1 biji nenas sederhana besar-potong sederhana besar
  • 3 keping ikan duri masin-rendam sebentar
  • 2 batang serai-di ketuk
  • 1/2 cawan santan cair
  • 2 cawan pati santan/santan pekat
  • Garam dan gula- secukup rasa
Bahan kisar:
  • 10 tangkai cili padi-boleh kurangkan
  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci kunyit hidup
Cara memasak:
  1. Satukan nenas,serai,santan cair dan bahan kisar di dalam peruik dan masak di atas api yang sedehara hingga mendidih. 
  2. Masukkan ikan duri yang telah direndam tadi dan kacau sebentar.
  3. Masukkan pati santan dan perasakan dengan garam dan gula.
  4. Bila sudah mendidih dan masak bolehlah di angkat.
*Boleh tambah santan pekat jika hendak kuah lebih.



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Tuesday 25 December 2012

Biskut Badam Rangup

Assalamualaikum dan salam ceria semua.
Bila selongkar kabinet dapur terjumpa pulak bahan-bahan untuk buat kuih raya tempoh hari....masih baik dan belum expired lagi.Google resepi biskut mengikut bahan2 yang ada dan terjumpalah resepi ni.Sepetang semalam dok menerap biskut ni sorang-sorang....sambil susun biskut ni dalam balang sambil ngap,ermmm memang sedap dan rangup sangat.Kalau ada umur raya tahun depan bolehlah buat biskut badam rangup ni.
Sis sertakan resepinya di sini,sesiapa yang berminat bolehlah cuba ye.

Biskut Badam Rangup
Oleh:Norzie hany
Sumber:CMG

BAHAN-BAHANNYA :
  • 150 g mentega
  • 100 g gula aising
  • 1 biji telur gred A (berat kurang lebih 60 g sebiji)
  • 1/2 camca teh esen vanilla
  • 100 g tepung gandum*
  • 100 g tepung kastard*
  • 75 g tepung jagung (cornstarch)*(*disatukan dan diayak)
  • 50 g serbuk badam
  • 50 g tepung gandum (extra)
UNTUK HIASAN:
  • 1 kuning telur
  • Badam cincang secukupnya
CARA MEMBUATNYA :
  1. Pukul mentega dan gula aising hingga berkrim. Masukkan telur dan esen vanilla. Terus memukul hingga gebu.
  2. Sementara itu gaul serbuk badam bersama tepung yang telah diayak, kemudian masukkan tepung tadi sedikit demi sedikit ke dalam adunan mentega, gunakan speed perlahan. Jika adunan kelihatan terlalu lembik, masukkan sedikit lagi tepung (50 g, extra), hingga adunan tidak melekit. (Biar kan sekejap adunan...)
  3. Ambil 1/3 doh tadi dan canai 1/2 cm tebal, terap dengan acuan kegemaran dan susun atas dulang pembakar, sapu kuning telur dan tabur badam cincang, tekan sedikit supaya badam melekat. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 15 - 20 minit. Sejukkan atas jaringan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara...

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Monday 24 December 2012

Gulai Ayam Dan Nangka Berempah


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua rakan2,follower dan pengunjung blog SNH.Terima kasih kerana sudi bertandang ke sini.
Syukur Alhamdulillah kerana di beri peluang bernafas di bumi Allah yang fana ini,semoga hari2 yang kita lalui sentiasa di berkati dan di redhai Allah SWT hendaknya. 
Hari ini sis nak berkongsi resepi gulai ayam dan nangka berempah.....resepi dari CMG dan sis cnp dari blog Yatie. Resepi asalnya letak ikan kurau masin tapi sis pun seperti Yatie,gantikan dengan ayam.
Terima kasih kepada penyumbang resepi yang enak ini dan kepada sesiapa yang berminat untuk mencuba sis paparkan resepinya di sini ye.


Gulai Ayam Dan Nangka Berempah 
Oleh:Norzie hany
Sumber:CMG

BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 1 kg nangka muda yang siap dikupas
  • 1/2 ekor ayam muda, di potong kecil,cuci dan toskan
  • 2 batang serai, dititik
  • 1 keping asam gelugor
  • 700 ml santan cair
  • 300 ml pati santan
  • Garam dan sedikit gula
  • minyak utk menumis
Bahan2 Kisar

  • 1 labu bawang besar*
  • 6 biji bawang merah*
  • 4 ulas bawang putih*
  • 1/2 inci lengkuas*
  • 1 inci kunyit hidup*
  • 3 biji buah keras*
  • 1 camca besar ketumbar biji*
  • 1 camca teh jintan manis*
  • 1 camca teh jintan halus*
  • 1/2 inci belacan*
  • 5 biji cili merah*
  • 3/4 camca teh lada hitam biji*(*dikisar halus)

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Nangka muda dipotong sederhana besar, cuci dan rebus dengan sedikit garam hingga nangka lembut sedikit. Toskan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan2 kisar hingga harum dan terbit minyak, masukkan serai dan kacau rata.
  3. Masukkan ayam yg telah di potong kecil dan tambahkan sedikit air. Masukkan nangka, gaul hingga nangka bersalut dengan rempah.
  4. Tuang santan cair dan masak hingga mendidih, masukkan asam gelugor, sedikit gula dan garam secukup rasa. Biar mendidih perlahan hingga nangka masak. Akhir sekali tuang santan pekat, kacau rata dan didihkan 1 - 2 minit.
  5. Rasa dan jika ok boleh matikan api, hidangkan bersama sambal belacan dan nasi hangat, kalau ada ikan goreng pun sedappp!!!!

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Saturday 22 December 2012

Oseng-Oseng Tempe Shahriah

Assalamualaikum dan salam ceria semua.
Hari ini sis nak share resepi dari seberang Indonesia...masakan orang jawa.Walaupun sis bukan orang jawa tapi masakan berasaskan tempe ni memang fav sangat2.
Oseng-oseng tempe ni antara menu makan tengah hari kami semalam...bahan yang di gunakan pun tak banyak,cara masaknya pun mudah dan rasanya memang sedap sgt2.
Resepi ni sis cnp dari blog CMG dan resepi asal dari blog Shahriah.Terima kasih kepada penyumbang resepi dan sis mohon share di blog ni sebagai rujukkan sendiri dan teman2 yang lain.




Oseng-Oseng Tempe Shahriah
Oleh:Norzie hany

BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 3 keping tempe 
  • 4 cili hijau saiz sederhana, hiris
  • 2 biji cili merah, hiris
  • 3 camca besar sos tiram
  • 2 camca besar sos tomato
  • 4 camca besar kicap manis
  • 1 biji bawang besar, hiris
  • 2 ulas bawang putih, hiris
  • Sedikit gula 
  • Minyak untuk menumis
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Tempe dipotong dadu besar, kemudian goreng tapi jangan sampai garing, kasi goreng lembap2 saja atau embel2. Angkat dan toskan.
  2. Tinggalkan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu dan harum, masukkan sos tiram, sos tomato dan kicap manis, kacau rata dan masukkan sedikit air (anggaran 4 camca besar). Kacau rata.
  3. Masukkan tempe dan hirisan cili hijau/merah, gaul rata dan masak hingga pekat dan sedikit kering. Rasa dan jika perlu tambah sedikit garam dan gula (mat tak letak gula sebab dah terasa manis). Angkat dan hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Friday 21 December 2012

Ayam Kashmir

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hari ini sis nak berkongsi menu ringkas...ayam kasmir.Dah ramai rakan blogger yang dah cuba resepi dari dayang ni...rasanya memang sedap dan sesuai makan dengan nasi minyak atau cicah roti jala.Kalau nak versi yang tidak berkuah bolehlah masak hingga kuahnya pekat.Terima kasih kepada penyumbang resepi,dan kepada sesiapa yang berminat nak mencuba sis sertakan resepinya di sini.
Selamat mencuba.  



Ayam Kashmir
Oleh:Norzie hany
Sumber:DayangJack

Bahan-bahan :
  • 1/2 kg ayam (dipotong ikut suka dan digoreng 1/2 masak jika suka)
bahan A :
  • 6 biji bawang merah (dihiris)
  • 1/2 labu bawang besar (dihiris)
  • 3 bawang putih (dihiris)
  • 1 inci halia (dihiris)
  • 1 batang serai (diketuk)
  • rempah 4 sekawan 
  • sedikit daun kari
bahan B :
  • 3 sb puri tomato
  • 1 sb serbuk cili
  • 2 sb rempah beriyani
  • 2 sb rempah kari daging
  • 4 biji tomato (dipotong kecil)
  • garam dan gula secukup rasa
  • minyak masak secukupnya
  • 2 biji ubi kentang (dipotong)
Cara-cara :
  1. Panaskan minyak dan tumis semua bahan A hingga terbit bau. Satukan serbuk rempah, puri tomato dan serbuk cili di dlm mangkuk dan bancuhkan dengan sedikit air. Kemudian masukkan ke dalam bahan A tadi dan tumis lagi hingga pecah minyak.
  2. Masukkan ayam, ubi kentang dan air secukupnya. Gaulkan. Biarkan ia masak.
  3. Masukkan tomato, garam dan gula secukupnya. 
  4. Hidangkan setelah masak.


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Wednesday 19 December 2012

WW-Kuih Lapis Yatie

 Assalamualaikum wbt dan selamat pagi semua.
Kuih lapis ni memang sedap buat sarapan pagi atau minum petang.




Kuih Lapis Yatie
Oleh:Norzie hany
Sumber:Yatie
Bahan-bahan
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 3 sudu besar tepung beras
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 1 cawan gula
  • 5 cawan santan
  • 1 sudu kecil garam
  • pewarna merah dan perisa rose
Cara Penyediaan
  1. Gaulkan semua bahan-bahan dan tapiskan.
  2. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
  3. Masukkan perisa rose dan pewarna merah dalam 1 bahagian adunan dan biarkan warna putih dalam 1 bahagian lagi.
  4. Panaskan kukusan dan sapukan sedikit minyak pada loyang yang akan digunakan.
  5. Masukkan 1 senduk adunan merah dan kukus selama 5 minit.
  6. Lapiskan pula 1 senduk adunan putih dan kukus lagi selama 5 minit.
  7. Lapiskan lagi adunan merah dan putih berselang-seli hingga habis. (*bagi adunan terakhir, saya balut tudung periuk dengan kitchen towel agar air tidak menitis ke atas permukaan kuih dan dikukus dalam 20 minit ).
  8. Sejukkan dan bolehlah di potong dan di hidangkan.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Sunday 16 December 2012

Apam Mekar Coklat



Assalamualaikum dan selamat berhari minggu semua.
Kuih kegemaran tuan rumah...tak kiralah apa2 jenis apam pun semua saya suka.Kali ni buat perisa coklat...untuk menarik minat anak2(budak-budak mmg suka coklatkan).Sebelum ni pun saya pernah buat apam mekar di SINI tapi kali ni saya cuba resepi kak Liza pulak.Sedap dan gebu sangat,kalau sesiapa yang berminat nak cuba sis sertakan resepinya di sini.
Selamat mencuba.

Apam Mekar Coklat
Oleh:Norzie hany

Bahan 
  • 250 gm gula 
  • 2 biji telur 
  • 1 s/k esen vanilla 
  • 200 ml susu segar 
  • 300 gm tepung gandum 
  • 1 s.k ovallate 
  • pewarna merah dan hijau-sis letak coklat emulco
  • acuan kertas 
Cara 
1. Panaskan kukusan 
2. Pukul gula dan telur sehingga kembang dan gebu. 
3. Masukkan essen vanilla dan pukul lagi. 
4. Masukkan tepung gandum, susu dan ovallate. Pukul lagi sehingga gebu. 
5. Bahagiakan adunan kepada 3 mangkuk. 
6. Masukkan perwarna merah dan hijau dalam mangkuk yg berasingan. 
7. Masukkan adunan dalam pelastik piping bag setiap warna yg berlainan. 
8. Picitkan serba sedikit setiap warna kedalam acuan kertas. 
9. Letakkan acuan kertas dalm acuan apam dan kukus selama 15 minit. 
10. Bila telah masak angkat dan hidangkan. 

NOTA: 
jika tak mahu warna -warni..just masukkan coklat cair sebahagian adunan dan sebahagian lagi biarkan plain [warna asal].. 
dan masukkan dua-dua dalam paper-cup dan kukus saperti biasa dengan api besar.. 

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Saturday 15 December 2012

Kek Oren Kismis



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
En3 tertunggak....kek oren kismis.Hari ni tak dapat nak berbicara panjang sbb tuan rumah nak keluar kejap lagi.Kalau nak tahu kek ni memang sedap....sekiranya ada yang berminat untuk mencuba sis sertakan resepinya di sini ye.
Jumpa lagi di en3 akan datang....bye.



Kek Oren Kismis

Bahan:-

  • 125 gm mentega
  • 200 gm gula kastor (boleh kurangkan - akak letak 180 gm pun manis sikit)
  • 3 biji telor gred B
  • 250 gm tepung naik sendiri - diayak
  • 1/2 sk. soda bikarbonat - update: rasanya kena letak, takut kek turun sgt bila sejuk
  • 1 sudu besar parutan kulit limau/oren
  • 1 sudu besar jus oren (akak guna Sunquick)
  • 1/2 cawan kismis - gaulkan dengan sedikit tepung (agar kismis tidak mendap dlm kek)
Cara Membuat:-

  1. Gris dan alas loyang 22 x 14 x 4 cm dengan baking sheet. Panaskan ketuhar pada suhu 160C.
  2. Pukul mentega dan gula hingga putih gebu.
  3. Masukkan parutan kulit oren dan jus oren, pukul lagi.
  4. Masukkan telor satu per satu sambil dipukul hingga sebati.
  5. Masukkan tepung sedikit dan gaul secara kaup balik hingga sebati.
  6. Masukkan kismis dan gaul rata.
  7. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 45 minit/hingga masak.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Friday 14 December 2012

Soto Madura


Assalamualaikum dan salam jumaat semua.Terima kasih kepada semua penggunjung yang sudi singgah di dapur SNH.
Bertemu lagi kita di hari jumaat yang mulia ini dengan resepi soto madura...pernah makan tak?.Bila makan soto ni baru sis teringat dulu2 sis pernah makan soto macam ni.Kat rumah lama dulu ada satu warung bakso yang jual soto madura ni,penjualnya orang Indonesia.Masa tu tak tahu pulak nama soto ni soto madura sebab kakak yang jual tu kata soto ayam.
Soto madura ni memang sedap....bersantan.Kalau sape2 berminat nak mencuba sis sertakan resepinya di sini ye.

Soto Madura
Oleh:Norzie hany
Sumber:Yatie

Bahan-bahan
  • 1 ekor ayam – dipotong 4, (2 keping dada di goreng manakala selebihnya di ptng kecil utk di masak bersama kuah soto)
  • 1 s/k garam dan sedikit serbuk kunyit utk mengoreng ayam.
  • 2 kotak santan kara/ayam brand ( 1 kotak 200ml)-guna santan kotak supaya kuahnya cantik, tak pecah..
  • 4 cwn air atau secukupnya
  • 3 batang serai – dititik
  • 1 btng kayu manis dan 1 kuntum bunga lawang
  • Garm dan sedikit gula
Bahan di Kisar
  • 1 sudu besar serbuk ketumbar
  • 1 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 1 labu bwng besar
  • 5 ulas bawang merah - dikisar
  • 5 ulas bawang putih - dikisar
  • 1 inci kunyit hidup - dikisar
  • 1 inci halia - dikisar
  • 1 sudu kecil lada putih/sulah- di tumbuk halus

Lain2 bahan yang diperlukan :

  • sambal kicap
  • Taugeh buang ekor, cuci dan toskan-tak perlu di celur
  • Hirisan daun sup
  • Bawang goreng
  • Nasi impit secukupnya

Cara Penyediaan.

  1. Goreng 2 keping dada ayam sehingga masak dan ketepikan dulu. Sekiranya dah sejuk, bolehlah di siat2 kecil dan ketepikan...bila nak makan soto madura, barulah letak ayam tadi dan siramkan kuahnya.
  2. Panaskan minyak dalam periuk untuk menumis. Masukkan kayu manis dan bunga lawang. Masukkan bahan2 yang telah dikisar, jintan manis dan ketumbar...masukkan lada sulah yg telah di tumbuk lumat.
  3. Tumis hingga naik bau. Masukkan serai yang telah dititik. Masukkan ayam yg diptng kecil.
  4. Kemudian masukkan air, dan kacau sentiasa. Masak hingga mendidih.
  5. Masukkan santan dan gaul sebati. Masak lagi sehingga mendidih dan guna api sederhana.
  6. Masukkan garam dan perasakan, sekiranya dah ok, bolehlah matikan api.

*** Hidangkan bersama nasi impit,ayam yg telah di goreng dan di potong kecil/siat2kan, sambal kicap dan taugeh mentah. Taburkan bawang goreng dan hirisan daun sup. Siap utk di makan. 

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Thursday 13 December 2012

Serimuka Pandan


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Kuih serimuka pandan ni sis buat untuk minum petang semalam.Pagi2 sis dah siapkan seloyang dan bila petang baru potong.Kuih serimuka yang tersedap yang pernah sis makan,memang betul2 dah jatuh hati dengan resepi ni.Terima kasih ye Chef Asma kerana sudi berkongsi resepi kuih serimuka yang enak ini dan resepi ini sis ambil dari blog Yatie.
Kepada sesiapa yang nak mencuba sis sertakan resepinya di sini ye.
Selamat mencuba.

Serimuka Pandan
Oleh:Norzie hany
Sumber:Chef Asma

Bahan2 Lapisan Bawah:-
  • 500g beras pulut
  • 300ml santan pekat
  • 300ml air
  • 2 tsp garam halus
Cara2nya:-

  1. Rendam pulut sekurang2nya 4 jam
  2. Basuh bersih & toskan
  3. Kukus dengan semua bahan diatas selama 30 minit.(Kukus dengan loyang yang berlainan tidak berlubang)-(Ayu kukus terus dalam loyang yang nak digunakan- dialas plastik wrap dulu then bubuh pulut dengan yang lain)
  4. Apabila pulut masak, gaul hingga sebati.Tekan dalam loyang 10x10x2".
Bahan2 Lapisan Atas:-

Bahan A
  • 250 gm gula castor
  • 100 gm tepung kastard
  • 400 ml santan pekat
  • 400 ml air
  • 20 gm daun pandan- diblender dengan air diatas.-tapis ketepikan
Bahan B

  • 4 biji telur
  • 1/2 tsp garam halus
  • 1/4 tsp pandan essence-(sis tak letak sebab gunakan fresh pandan)
  • pewarna hijau- secukupnya
Cara2nya:-

  1. Satukan bahan2 A kacau rata & masukkan bahan2 B kacau hingga sebati.(Ayu blender aje semua) Tapis kedalam periuk & masak. Kacau hingga naik wap. sekejap aje (Ayu masak dalam 2-3 minit saja).
  2. Tuang keatas lapisan bawah & kukus selama 30-40 minit.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...