Wednesday 31 October 2012

Kuih Kasturi/Kuih Rengas


Assalamualaikum dan salam ceria semuanya.Terima kasih kepada semua rakan2 yang sudi singgah dan meninggalkan sedikit coretan di ruangan komen.
Terus pada tajuk en3....Kuih Kasturi/Kuih Rengas untuk minum petang.Zaman sekolah dulu bonda jual kuih kat kantin sekolah,sis kenalah tolong bentukkan kuih ni.Bukan kuih kasturi ni aje....macam2 kuih lagi.Kehidupan orang felda dulu faham2 aje la....sape anak felda sila angkat tangan.Tapi orang Felda sekarang dah boleh senyum lebar...ye ke.
Dah tersasar dari tajuk....resepi Kuih Kasturi/Kuih Rengas sis sertakan di sini ye.


Kuih Kasturi/Kuih Rengas
Oleh:Norzie hany

Kuih Kasturi Bahan Inti
  • 250gm kacang hijau - di rendam
  • 1/2 cawan gula merah/gula melaka di racik halus
  • 1 cawan gula pasir-boleh tambah/di kurangkan
  • 1/2 cawan kelapa parut muda
  • 2-3 sudu tepung gandum
  • Air-secukupnya
Bahan Batter

  • 1 cawan tepung beras
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1/2 sudu kecil air kapur
  • 1/4 sudu teh garam halus
  • Sedikit pewarna kuning
  • air secukupnya
  • Minyak untuk menggoreng
Cara-cara :

  1. Masak kacang hijau bersama air hingga kembang, biarkan sehingga airnya hampir kering, masukkan kelapa, gula melaka dan gula, kacau rata dan biarkan hingga kering.
  2. Tabur tepung gandum dan kacau rata.
  3. Masak hingga inti agak kering. Angkat dan sejukkan,
  4. Ambil inti kacang sedikit dan bentukkan saperti bebola. Leperkan.
Batter :

  1. Satukan semua bahan2 batter dan masukkan air secukupnya (adunan tidak terlalu pekat atau cair).
  2. Panaskan minyak. Celupkan kuih kacang kedalam batter dan gorenglah hingga warna keemasan


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Ketupat Palas Bonda


Sebelum di kukus.

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Ketupat palas yang wajib ada di rumah bonda setiap kali raya.Balik raya baru2 ni sempat minta resepi dari bonda.Rasanya dah banyak kali sis tengok bonda kukus aje ketupat yang telah siap di bungkus dengan daun palas,tapi dulu2 memang di rebus.

Ketupat palas yang dah siap.
Ketupat Palas Bonda
Oleh:Norzie hany

Bahan-bahannya:
  • 12 cawan beras pulut
  • 6 cawan santan pekat
  • Garam dan sedikit gula
  • Daun palas secukupnya.
Cara 1
  1. Basuh beras pulut dan toskan. Masukkan santan ke dalam periuk dan sedikit garam dan sedikit gula, kacau sampai mendidih.
  2. Masukkan pulut dan kacau sehingga sebati dan menjadi 3/4 masak. Angkat dan biarkan selama sehingga sejuk. 
  3. Bungkus pulut dengan daun palas.Cara boleh tengok di you tube.
  4. Kukus atau rebus ketupat palas yang sudah dianyam di dalam periuk yang telah diisi air hingga masak.
Cara ke 2
  1. Panaskan pengukus.Satukan semua bahan di atas dalam loyang dan gaul sebati dan kukus hingga 3/4 masak.
  2. Angkat dan sejukkan sebentar.Seterusnya bungkus pulut dengan daun palas.
  3. Kukus atau rebus ketupat palas yang sudah dianyam di dalam periuk yang telah diisi air hingga masak.


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Tuesday 30 October 2012

Rendang Daging Korban


Assalamualaikum dan salam Aidil Adha kepada semua rakan2 di alam maya ini.
Bersiaran kembali dan en3 pertama selepas raya....rendang daging korban.

Masa perjalanan pulang dari kampung singgah beli lemang di Gemenceh N9.Beli 2 batang aje pun,cukuplah untuk makan kami bertiga.Kebetulan ada daging korban buatlah sedikit rendang untuk di makan dengan lemang ni.


Rendang Daging Korban
Resepi/Oleh :Norzie hany

Bahan-bahannya:
  • 1 kilo daging-potong & bersihkan
  • Santan-secukupnya
  • 1 cawan kerisik
  • 1 keping asam gelugur
  • 5 helai daun limau purut-hiris
  • Garam & gula-secukup rasa
  • Minyak-utk menumis
Bahan kisar:
  • 10 biji cili merah
  • 15 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 1sm halia
  • 1sm kunyit hidup
  • 1 sm lengkuas
  • 6 batang serai
Cara-cara:
  1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga naik bau.
  2. Masukkan daging dan biarkan sebentar hingga daging kecut dan airnya sedikit kering.
  3. Masukkan santan,daun limau purut dan asam gelugur.Masak hingga kuah pekat.
  4. Masukkan kerisik serta garam dan gula.Masak hingga kuah kering.
  5. Angkat dan hidangkan.   

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Thursday 25 October 2012

Biskut Cornflakes Rangup

Assalamualaikum dan salam ceria.
Esok kita semua akan menyambut hari raya Aidil Adha@Hari Raya Korban yang merupakan salah satu hari kebesaran bagi umat Islam seluruh dunia.Di kesempatan ini sis ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua rakan2 di alam maya ini dan semua muslimin dan muslimat di mana sahaja anda berada.
Hari ni kami sekeluarga akan pulang ke Temerloh Pahang,kiranya ini adalah en3 terakhir sebelum raya.Syukur Alhamdulillah atas rezeki yang Allah S.W.T berikan...tahun ni keluarga kami akan membuat korban seekor lembu dan tambah lagi 2 bahagian.
Jumpa lagi selepas raya nanti dan jika ada yang ingin pulang ke kampung berhati-hatilah di jalan raya.

Biskut ni sis pernah buat masa hari raya Aidil Fitri en3 di SINI.


Biskut Cornflakes Rangup
Oleh:Norzie Hany

Bahan-Bahan
  • 250 gm mentega
  • 3/4 cawan gula aising
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 biji kuning telur
  • 250 gm cornflakes(ramas2 sikit)
  • 2 cwn tepung naik sendiri
  • Mangkuk kertas
  • Ceri merah dan ceri hijau-dipotong kecil
Cara-Cara
  1. Pukul mentega dan gula aising hingga sebati.
  2. Setelah sebati, masukkan telur dan pukul lagi...setelah itu masukkan esen vanilla.
  3. Masukkan tepung naik sendiri dan cornflakes yg di ramas...gaul sebati guna senduk kayu je.
  4. Masukkan dlm mangkuk kertas dan hiaskan dngn potongan ceri merah dan hijau.
  5. Bakar dalam oven yg telah di panaskan pada suhu 170 C selama 15 minit.
  6. Biarkan sejuk di redai biskut. Simpan dlm bekas kedap udara.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Monday 22 October 2012

Kaswi Gandum


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
N3 hari ni kuih kaswi gandum....sedap dan lembut aje,kuih kegemaran my hubby.Dah ramai rakan blogger yang dah cuba resepi dari chef Liza ni.Sis pun dah 2 kali buat kuih kaswi guna resepi ni tapi baru kali ni sempat buat en3nya.Tak pe...janji kita berkongsi keenakkan resepi ni sama2. 
Kuih kaswi ni mudah aje nak buat,masuk dalam loyang terus kukus.
Jom kita tengok resepinya.




Kaswi Gandum
Oleh:Norzie hany

Bahan Sirap :
  • 5 cawan air
  • 1 cawan gula merah
  • 1 cawan gula pasir

*Masakkan semua dan sejukkan


Bahan lain :

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung kanji/ubi/jagung
  • 1 sudu kecil kapur kueh [optional]
  • Kelapa parut ( yang muda)
  • Sedikit garam
Cara :

  1. Panaskan kukusan.
  2. Ratakan sedikit minyak dalam loyang yang nak digunakan. ( Lapikkan pelastik saiz loyang )
  3. Bancuh semua bahan dan tapiskan. Tuangkan dalam loyang.
  4. Masakkan sehingga masak ( 30 minit )
  5. Tunggu sehingga sejuk baru boleh potong dengan pisau plastik.
  6. Kelapa muda digaulkan sedikit garam.
  7. Lumurkan kuih yang dipotong bersama dengan kelapa tadi.
*Kelapa yang dah campur garam-sis kukus sebentar supaya lambat basi. 

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Friday 19 October 2012

Donut Mayo


Assalamualaikum semua.
Sejuknya hari ni...dari pukul 1 petang tadi kat tempat saya hujan selebat-lebatnya.Bila hampir ke penghujung tahun memang biasalah,musim tengkujuh sudah mari....jangan banjir sudah.
Okay...nak tayang gambar donut mayo ni,sedap dan gebu sangat.Buat satu adunan sekejap aje licin...time hujan macam ni makan apa pun semuanya sedap.Perut lapar sentiasa...lepas makan tido,eh jangan la macam tu.Tak baik tidur waktu petangkan.
Okay...jom kita kongsi resepinya. 

Donut Mayo
Oleh:Norzie hany


Bahan-Bahan
  • 330 gram tepung gandum(sis guna tepung high protein)
  • 1 1\ 2 sudu besar mayonis
  • 1 sudu besar susu tepung@skim milk
  • 1 biji telur - dipukul sedikit mengunakan garpu
  • 140ml air suam
  • 1 1\ 2 sudu besar marjerin
  • 3 sudu besar gula
  • 4 gram yis @ 1 1/2 sudu kecil
  • sedikit serbuk gula sebagai salutan pada donut mayo ni nanti.
Cara membuatnya :
  1. Buat doh, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.
  2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.
  3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.
  4. Bahagi doh pada bebola kecil dan rehatkan selama 6 hingga 8 minit, kemudian bentukkan seperti donut, lubangkan tengahnye, biarkan naik dua kali ganda, dan goreng sehingga ke-emasan, gunakan api sederhana, angkat dan salutkan dengan serbuk gula, sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Thursday 18 October 2012

Kek Karamel

  Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Kek karamel,petang tadi sis buat....tak sempat nak sejukkan dalam peti ais terus aje potong,dah tak sabar nak tunggu lama2 kih3.Tengoklah paras rupa karamelnya...memang tak semenggah tapi keknya gebu dan sedap.Buat untuk makan sendiri kira okay la...kalau nak bisnes rupa mcm ni mmg orang pun tak pandangkan.
Dah ramai rakan blogger yang dah buat kek karamel ni cuma sis aje yang agak ketinggalan.Sebenarnya memang dah lama berhajat nak buat tapi tak terbuat-buat.Pasal terjadinya kek karamel ni pun bila terpandang en3 Asyifa hari ni....betul2 sis tergoda.
Resepi asal milik Munirah Baharum dan Azlita Aziz.Terima kasih kepada pemilik resepi ini dan sis mohon share di sini sebagai rujukkan sendiri dan teman2 yang lain.



Kek Karamel
Oleh:Norzie hany
Sumber:Munirah  

Gula Hangus 
  • 2 sudu besar gula pasir
  1. Sediakan loyang 8 inc. Tabur gula dalam loyang dan masak atas api perlahan.
  2. Biar gula hancur dan warna tukar jadi perang.Ratakan gula dgn menyenget2 kan loyang kiri dan kanan 
  3. Biar gula sejuk. Gula yg sejuk ni akan keras dan akan retak2 dan berbunyi spt kaca pecah bila dah keras.Ketepikan 

Bahan Karemel
  • 1/2 tin susu cair 
  • 70g gula castor
  • 1/2 sudu teh esen vanilla
  • 3 biji kuning telur
  1. Kacau susu dan gula hingga gula larut.
  2. Kacau telur dan esen perlahan.
  3. Satukan kedua2 bahan dan kacau rata perlahan aje.
  4. Kemudian tapis ke dalam loyang gula hangus tadi.Ketepikan.

*Kalau nak dapatkan lapisan karemel yg tebal gandakan sukatan susu dan kuning telur.
*Adunan ni tak perlu di bakar dulu ye! kita akan bakar adunan ni bersama adunan kek nanti.

Adunan Kek Bahan 1
  • 70g gula kastor
  • 3 biji telur kuning
  • 135ml air 
  • 45ml minyak masak
  1. Pukul telur kuning, minyak dan air sampai gebu dan tukar ke warna putih.
  2. Kemudian masukkan gula kastor dan pukul lagi sampai naik sekali ganda.
Adunan Kek Bahan 2
  • 140 gm tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
  1. Matikan  mixer dan masukkan tepung dan baking powder yg telah diayak
  2. Masukan  sikit2 dan kacau perlahan secara kaup balik hingga kesemua bergaul sempurna.Ketepikan.

Merinque  
  • 6 biji putih telur - pastikan jgn tercampur sedikit pun telur kuning
  • 70g gula castor
  • 1 sudu teh krim of tar2
  1. Pastikan semua peralatan dalam keadaan kering
  2. Pukul putih telur hingga berbuih
  3. Masukkan gula dan tatar dan terus memukul dgn speed tinggi hingga adunan kental dan kaku. kalau kita terbalikkan loyang adunan putih telur tu tidak jatuh.
  4. Masukkan 1/3 bahan merinque kedalam adunantepung tadi.Gaul rata secara kaup balik
  5. Kemudian masukkan semua baki adunan merinque dan ratakan dgn kaedah kaup balik hingga bergaul sempurna. Kacau perlahan sahaja.
*Bahagikan adunan kepada 3 bahagian yg sama banyak.

Letakkan pewarna yang anda sukai.

Kemudian tuangkan adunan kek ni ke atas lapisan karemel tadi.
  1. Belang- belangkan adunan
  2. Tuang 3 sudu lapisan pupple, kemudian 3 sudu lapisan pink di tengah-tengah lapisan purple. Kemudian tuangkan pula  3 sudu lapisan biru di tengah-tengah lapisan pink.
  3. Buat begini sehingga 3/4 adunan, kemudian buat pula cara yg sama dgn 2 sudu pula.
  4. Akhir sekali dengan satu sudu.Lorekkan atas adunan dengan lidi.
  5. Panaskan oven terlebih dahulu. Ita panaskan pada suhu 170 C terlebih dahulu. Bila dah masukkan kek dalam oven ita tukar pada suhu 160C
  6. Gunakan api bawah sahaja.
Kaedah Steam Bath
Tuangkan air panas dalam loyang yg lebih besar dari loyang kek tadi.
Letakkan loyang yg berisi kek dalam loyang yg berisi air panas tadi
Letakkan pada rak bawah dalam oven.
Bakar kek pada suhu 160 C dengan api bawah selama 1 jam atau sehingga kek benar-benar masak.
Jangan buka pintu oven semasa proses pembakaran 1/2 jam pertama.

Selepas masak biarkan kek kekal dalam oven sehingga kek renggang di tepi loyang.
Terbalikkan kek atas pinggan dan biarkan kek turun sendiri.
Potong kek bila ia benar-benar telah sejuk.
Simpan kek dalam peti ais untuk tahan lebih lama.
Kek ni juga sedap di makan dikala sejuk.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Asam Pedas Pari Dengan Nenas

Assalamualaikum semua.
Asam Pedas Pari Dengan Nenas...asam pedas lagi.Dalam seminggu tu mesti satu atau dua kali sis masak asam pedas.Hubby sis memang suka dan tak pernah jemu dengan asam pedas.Tapi kali ni lain sikit asam pedas bubuh nenas...1st time masak dan first time juga makan.
Terima kasih kepada CMG kerana sudi berkongsi resepi asam pedas yang enak ini.
Jom kita tengok resepinya.




Asam Pedas Pari Dengan Nenas
Oleh:Norzie hany
Sumber:DTS

BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 600 gram ikan pari, mat guna jenis pari daun
  • 1/2 biji nenas Sarawak, kupas dan hiris (boleh guna nenas madu)
  • 2 kuntum bunga kantan, belah dua setiap satu(sis gantikan dgn daun limau purut)
  • 1 1/2 senduk nasi cili kisar
  • 3/4 cawan air asam atau secukupnya
  • 3 biji bawang merah, hiris halus
  • 1 ulas bawang putih, hiris halus
  • Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR HALUS :-)
  • 7 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 biji buah keras
  • 1/2 inci belacan
  • 3/4 inci kunyit hidup
  • 1/2 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
  • 1/2 camca teh lada hitam (optional)
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan pari dikerat ikut suka, cuci dan perap sekejap dengan sedikit garam dan jus limau kasturi. Kemudian cuci kembali hingga bersih. Ketepikan. 
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis hirisan bawang merah dan putih hingga harum dan perang, masukkan bahan kisar halus dan masak hingga wangi. Tambah cili kisar dan masak lagi hingga cili garing dan terbit minyak.
  3. Tuang air secukupnya dan masukkan juga jus asam jawa. Kacau rata dan biar mendidih. Masuk ikan pari dan nenas tadi, kacau perlahan. Tambah bunga kantan dan masak hingga ikan masak. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api, hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain...

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Wednesday 17 October 2012

WW-Tempe Goreng Berempah


Sungguh sedap dimakan begitu saja/cicah sambal kicap.


Tempe Goreng Berempah
Oleh:Norzie hany

Bahan-bahannya:
  • 7 keping tempe
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan tepung beras
  • 1 biji telur
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • Sedikit garam
  • Air secukupnya
  • Minyak utk menggoreng

Bahan tumbuk:
  • 3 biji bawang merah
  • 1 sudu makan ketumbar
  • 1 sudu teh jintan manis
  • 1 sudu teh jintan putih

Cara-caranya:
  1. Satu semua bahan2 kecuali tempe.Bancuh dengan air sehingga menjadi adunan yang pekat.
  2. Panaskan minyak.Celup tempe kedalam adunan tepung dan goreng hingga kekuningan.
  3. Angkat dan hidangkan.Boleh di makan dengan sambal kicap.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Tuesday 16 October 2012

Ungkep Ayam Style Jawa


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Rutin harian surirumah hari2 dok fikir nak masak apa untuk santapan keluarga.Bertandang kerumah CMG hari ni tengok apa lauk pauk yang ada di rumah beliau.Tergoda dengan resepi ungkep ayam style jawa....ermmm masakkan orang jawa.
Rasanya macam rendang juga tapi tak bubuh kerisik dan santan.Sis buat basah2 sikit,sedap makan dengan nasi putih atau nasi impit.Resepi asal kena masak sampai kering ye....terpulanglah ikut selera masing2.
Jom...semak resepinya. 
  



Ungkep Ayam Style Jawa
Oleh:Norzie hany
Sumber:DTS@Mat Gebu

BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 600 gram ayam, potong saiz sederhana
  • 2 batang serai, dititik
  • 1 keping asam gelugor
  • 2 helai daun salam @ 3 helai bay leaf
  • 1 camca besar gula melaka
  • Garam secukup rasa
  • Air secukupnya

BAHAN KISAR HALUS :-)
  • 7 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
  • 3 biji buah keras
  • 1 biji cili hijau
  • 10 - 15 biji cili padi merah
  • 1 camca besar ketumbar
  • 1/2 camca teh jintan kasar
  • 1/2 camca teh jintan halus
  • 3/4 inci kunyit hidup
CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Ayam dibuang kulit, cuci bersih dan toskan. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar hingga harum, masukkan serai dan daun salam @ bay leaf, kacau rata dan masukkan ayam. Gaul rata dan biar ayam kecut sedikit.
  2. Tuang air secukupnya (anggaran tenggelam ayam). Biar mendidih. Masukkan asam gelugor dan juga gula merah serta garam. Masak dengan api sederhana hingga kering. Rasa dan jika perlu tambah sedikit lagi garam. Masak sekejap, dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan..

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Monday 15 October 2012

Kuih Cara Warisan


Assalamualaikum dan salam ceria.
Kuih cara manis...kuih kegemaran kanak-kanak,biasalah anak2 memang suka makanan yang manis2.Sis boleh habiskan seketul aje selebihnya si bongsu yang dok ulang makan.Gara2 tergoda dengan kuih cara yang Shahriah buat pada bulan Ramadhan tempoh hari...nampak mcm sedap sgt kuih cara Sha tu.
Resepi asal milik kak Nannie dan sis CnP dari blog CMG.Terima kasih banyak2 kepada penyumbang resepi ini.Kepada penggemar kuih-muih yang manis2 bolehlah mencuba resepi kuih cara warisan yang enak ini.



Kuih Cara Warisan
Oleh:Norzie hany
Sumber:DTS@Mat Gebu

BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 2 cawan tepung gandum
  • 3 cawan santan kelapa (nak sedap guna yang fresh)
  • 2 biji telur
  • 3 helai daun pandan
  • Beberapa titik pewarna hijau
  • Gula pasir secukupnya, sebagai inti
  • Garam secukup rasa (bagi rasa lemak2 masin)
  • Sedikit minyak masak, untuk lenser acuan

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Daun pandan dicuci, potong kecil dan kisar bersama santan, kemudian tapis. Satukan bersama tepung gandum, pewarna hijau, telur dan kacau rata dengan whisk hingga semua sebati, tambah garam secukup rasa. Kacau dan tapis adunan tadi. Ketepikan sebentar.
  2. Panaskan acuan kuih cara (acuan kuih baulu) atas dapur gas, bila panas kecilkan api pada tahap minima. Lenser sedikit minyak masak pada setiap ruang acuan (guna daun pandan yang dilipat, diikat dan diracik hujungnya).
  3. Isi adunan tadi dalam bekas bermuncung (kole atau teko) tuang dalam setiap acuan tadi hingga hampir penuh. Letakkan sedikit gula pasir pada setiap kuih (anggaran 1/3 camca teh). Tutup permukaannya acuan dengan tudung periuk. Masak hingga kueh menjadi pucat dan tidak melekat bila disentuh.
  4. Berhati2 keluarkan kuih dari acuan dan sejukkan. Oles sedikit minyak setiap kali memasak kuih yang baru. Hidangkan untuk minum petang.... Selamat mencuba..

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Sunday 14 October 2012

Kari Kepala Ikan Ala India


Assalamualaikum dan Selamat berhujung minggu semua.
Kari kepala ikan ala India ngko....tak kisah kalau korang nak tukar kepala ikan ape2 aje,jangan kepala ikan selar kuning sudah.Masa arwah ayahanda ada dulu hari2 bonda masak lauk kari....sedap air tangan bonda.Ingat lagi setiap kali nak masak kari mesti bonda giling rempahnya....kari rempah giling sedap sgt2.
Baki kuah kari ni sedap buat cicah lempengkan.
Okay...selamat mencuba ya.



Kari Kepala Ikan Ala India
Oleh:Norzie hany

BAHAN-BAHANNYA :-)
  • Kepala ikan tenggiri-belah 2 & bersihkan 
  • 3 batang kacang bendi
  • 3 camca besar rempah kari ikan babas
  • 1 camca kecil serbuk kunyit
  • 1 biji bawang merah-hiris
  • 2 ulas bawang putih- hiris
  • 1 tangkai daun kari
  • 1 camca teh halba campur
  • Sedikit jus asam jawa
  • 1 cawan santan
  • 500ml air.
  • Cili merah & cili hijau-belah 2
  • Garam dan gula-secukup rasa
  • Sedikit minyak-untuk menumis
Bahan kisar
  • 7 tangkai cili kering 
  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 sm halia

Cara-cara:

  1. Satukan bahan kisar bersama serbuk kari dan serbuk kunyit-jadikan pes
  2. Panaskan minyak,tumis bawang merah,bawang putih hiris, halba campur dan daun kari hingga wangi. Masukkan pes rempah dan tumis hingga terbit minyak. 
  3. Masukkan santan dan air kacau hingga sebati dan biar sampai mendidih, masukkan ikan,kacang bendi dan jus asam jawa.Perasakan dengan garam dan gula.
  4. Bila ikan sudah masak,masukkan cili merah dan cili hijau yang telah di belah dua. 
  5. Biarkan mendidih sebentar dan bolehlah di angkat.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Saturday 13 October 2012

Ikan Siakap Kukus Serai


Assalamualaikum dan salam ceria semua.
Ikan Siakap Kukus Serai....sesekali makan ikan kukus atau stim ni sedap juga.Kebetulan pulak tuan rumah dok batuk2 dan sakit tekak memang sesuai sangat la makan cara kukus begini.Bagus juga untuk sesiapa yang sedang mengamalkan penurunan berat badan/diet.
Sesiapa yang nak cuba...sis sertakan resepinya di sini ye.





Ikan Siakap Kukus Serai
Oleh:Norzie hany

Bahan-Bahan: 
  • 1 ekor ikan siakap atau kerapu [bersihkan dan kelar] 
Bahan Hiris 
  • 2 ulas bawang putih 
  • 3 ulas bawang merah 
  • 3 batang serai 
  • 5 tangkai cili api 
  • sedikit garam [jika perlu] 
  • 1 s/b sos nampla [sos ikan] 
hiasan 
  • Daun ketumbar/daun sup [potong kecil] 
  • Hirisan carrot 
  • Jus limau kasturi 
Cara: 
1. Sediakan bekas utk mengukus. 
2. Bersihkan ikan dan letak kan ke atas manguk kaca [tahan panas]. 
3. Taburkan bahan yang telah d hiris ke atas ikan tadi. 
4. Taburkan sos nampla dan sedikit garam [jika perlu]. 
5. Letakkan ikan yg telah disediakan tadi ke dalam pengukus. 
6. Masak/biar kan ikan dalam pengkukus dengan api yg sederhana selama 30 minit. 
7. Bila dah masak, taburkan bahan hiasan dan jusnlimau. 
8. Hidangkan dengan nasi putih

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...