Sunday 30 September 2012

Sambal Sotong Berserai


Assalamualaikum semua.
Bertemu lagi kita dengan en3 masakan yang ringkas dan mudah...sambal sotong berserai.Sambal sotong ni memang sedap makan dengan nasi panas2,ada sejenis sayur dan ikan goreng dah cukup tak payah lauk lain lagi.Sis memang jarang dan tak rajin nak masak macam2 menu sampai penuh satu meja....pertamanya yang nak makan cuma kami bertiga aje.Kadang2 tu makan tengah hari kat rumah bila malam hubby ajak makan kat luar.Yang penting jangan membazirkan.
Okay....sis sertakan resepinya di sini ye.  

Sambal Sotong Berserai
Oleh:Norzie hany

Bahan-bahannya:
  • 1 kilo sotong-bersihkan & tos airnya
  • 1 batang serai-di ketuk
  • Air asam jawa-secukupnya
  • Garam dan gula-secukup rasa
  • Minyak-untuk menumis 

Bahan kisar:
  • 50gm cili kering-rebus dulu
  • 3 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci belacan

Caranya:
  1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan kisar dan serai hingga naik minyak.
  2. Masukkan sotong kacau sebentar.Masukkan juga air asam jawa dan kacau rata.
  3. Perasakan dengan garam dan gula.
  4. Masak hingga sambal pekat kalau suka boleh di tambah hirisan bawang besar.
  5. Angkat dan hidangkan.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Saturday 29 September 2012

Pecal Jawa


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Pecal atau gado-gado....masakan jawa.Orang jawa kalau buat pecal memang sedapkan.Kalau buat pecal mesti ada cekur dan pucuk ubi...yang lain tu kira sampingan aje.Bau wangi cekur tu kan buat kita asyik nak pergi dapur aje dan makan berulang-ulang.
Ulam dan sayur yang di celur ni mmg baik untuk kesihatan dan awek muda jadi jangan bimbang kalau makan banyak pun.


Ulam atau sayur2 ni kita satukan dalam piring dan siram kuah di atasnya....gaul2 dan makan macam tu aje tanpa nasi.Makan dgn dengan nasi pun boleh juga...terpulanglah cara masing2.Masa sis pergi rumah sepupu kat Sekinchan dia ada hidang dengan bihun celur...itu pun sedap juga.Masa zaman sis kecil arwah ayahanda ada beli...di bungkus dalam daun pisang bersama nasi impit....itu pun sedap juga.
Resepi yang sis buat ni memang style orang jawa....resepi dari majalah mingguan wanita cuma sayur2 tu sis olah sikit.Kalau ikut resepi asalnya ada nangka muda,jantung pisang celur dan betik muda. 
Jom kita berkongsi resepi...selamat mencuba. 


Pecal Jawa
Oleh:Norzie hany
Sumber:Mingguan Wanita 2006

Bahan Untuk Kuah:
  • 500gm kacang tanah
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang merah
  • 5 biji cili padi
  • 10 tangkai cili kering
  • 1 inci belacan
  • Ubi cekur (tidak perlu di goreng)
  • Gula,garam dan asam jawa secukupnya

Bahan Untuk Sayuran:
  • 1 cekak pucuk ubi-di celur dan potong
  • 100gm tauge-buang ekor dan celur
  • Kacang panjang-potong dan celur (sis tak letak)
  • Kangkung-potong dan celur(sis tak letak)
  • Timun-sagat
  • Sengkuang-sagat
  • Tempe-goreng
  • Tauhu-goreng

Cara membuat kuahnya:
  1. Kesemua bahan2 di goreng berasingan dan di tumbuk.
  2. Bancuh dengan air panas dan pastikan bancuhan tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair.
  3. Letak bahan yang di celur dan di sagat tadi di dalam satu bekas
  4. Semasa hendak makan barulah siram kuah di atasnya 



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Friday 28 September 2012

Asam Pedas Kerisik


Assalamualaikum semua.
Bertemu lagi di en3 kali ini....asam pedas kerisik.Sebenarnya selalu sangat sis masak asam pedas sebab hubby memang penggemar tegar asam pedas.Tapi asam pedas ni lain sikit sebab sis tambah kerisik dan asam pedas ni sis masak ikut resepi CMG.
Nak tahu sedap ke tidak,jom la cuba resepi ni.



Asam Pedas Kerisik
Oleh:Norzie hany
Sumber: DTS


BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 500 gram ikan pari, perap dengan jus limau nipis + garam = 10 minit, cuci bersih dan toskan
  • Sawi jeruk secukupnya, yang ni agak2(sis tak letak)
  • 1/2 cawan jus asam jawa
  • 1 camca besar penuh kerisik
  • 3/4 cawan cili kisar
  • 3 biji bawang merah, hiris
  • 2 ulas bawang putih, hiris
  • Garam dan gula secukup rasa (@serbuk perasa)
  • Air secukupnya
  • Segenggam daun kesom
BAHAN KISAR HALUS :-)
  • 5 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 keping nipis hirisan lengkuas
  • 3 biji buah keras
  • Secubit belacan
  • 1/2 inci kunyit hidup
CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bawang merah/putih hiris hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga garing. Tambah bahan kisar dan tumis hingga terbit minyak. Masukkan air secukupnya dan biar mendidih.
  2. Masukkan ikan, sawi jeruk, daun kesom dan juga kerisik, kacau perlahan. Masukkan jus asam jawa. Perasakan dengan garam secukupnya, sedikit gula dan serbuk perasa jika suka. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan..

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Thursday 27 September 2012

Talam Keladi


Assalamualaikum semua dan terima kasih kerana sudi singgah di dapurku ini.
Sudah lama sebenarnya teringin nak makan talam keladi,tak pernah jumpa orang jual talam ni jadi nak makan kena la merajinkan diri buat sendiri.Kalau nak tahu ni kira 1st time buat talam keladi...Syukur Alhamdulillah menjadi dan sedap bagi orang yang gemar kuih2 lembut seperti ini.


Sis buat 1/2 adunan sahaja dan menggunakan loyang kecil 6x6x3....cukup la untuk kami bertiga.
Resepi talam keladi ni sis C&P dari blog Yati dan resepi asalnya adalah milik Chef Asma.Terima kasih kepada penyumbang resepi ini dan sekira kawan2 ingin mencuba,sis sertakan resepinya di sini ye.


Talam Keladi
Oleh:Norzie hany
Sumber: Chef Asma


Bahan-Bahan Utk Lapisan Bawah(A)
  • 220 gm tepung beras 
  • 40 gm tepung ubi
  • 1 1/2 tsp garam
  • 5 sudu besar gula pasir 
  • 300 ml santan pekat
  • 700 ml air
  • (B) 250 gm keladi - (lebih sikit pun tak apa) - buang kulit, basuh,(basuh dgn air garam untuk tidak hitam) potong kiub dan kukus selama 5 minit.- (kukus baru timbang)

Cara-caranya :
  1. Bancuh semua bahan A hingga rata dan sebati .
  2. Tapis ke dalam periuk . Masak sehingga naik wap dan masukkan bahan B
  3. Kacau sebentar dan tuang ke dalam loyang 10" x 10" x 3"
  4. Kukus selama 25 minit

Bahan-Bahan Utk Lapisan Atas
  • 150-180 gm tepung gandum
  • 250 gm gula halus
  • 3-5 biji telur (Sis guna 3 biji telur je)
  • 250 ml santan
  • 500 ml air
  • sedikit pewarna purple

Cara caranya :
  1. Bancuh semua bahan bahan diatas, tapis ke dalam periuk
  2. Masak sehingga naik wap. Tuang ke atas lapisan bawah
  3. Kukus selama 30 minit.(Lap 5 minit sekali)

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Wednesday 26 September 2012

Soto Dari Buku Resepi Sajian Istimewa Shahriah Abdullah



Assalamualaikum dan Syukur Alhamdulillah kerana di beri peluang lagi kita bernafas di muka bumi Allah ini dan dapatlah kita bertemu seperti biasa di alam maya ini.
Terus pada en3 kali ini....soto resepi milik novelis kesayangan sis sebenarnya.Buku masakan yang di hadiahkan untuk sis tidak di persiakan.Dah banyak resepinya sis cuba,memang kena dengan selera dan citarasa kami sekeluarga.
Sis tak akan paparkan semua resepinya di sini....kalau korang nak kenalah beli buku resepi Sajian Istimewa Shahriah Abdullah.Terdapat lebih 70 masakan  di sajikan,menu tersebut merupakan resepi turun temurun ahli keluarganya.Harganya sangat berpatutan dan jangan lupa ye dapatkan buku ini di pasaran.
Sebenarnya sudah 2 kali sis buat soto mengikut 100% resepi Sha,kali pertama tu sis terlupa nak snap gambarnya.Sebab sedap sangat tu yang buat kali kedua ni....Terima kasih ye Sha kerana berkongsi resepi soto yang enak ini dan izinkan sis berkongsi resepinya dengan rakan2 yang lain. 


Soto
Oleh:Norzie hany
Bahan-bahannya:
  • 1 ekor ayam-di potong dan di cuci bersih
  • 4000ml air
  • 3sm halia-di tumbuk
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng
Cara membuatnya:
  1. Rebus ayam dengan halia dan garam hingga empuk.Toskan dan goreng sedikit garing.
  2. Kemudian siat isinya.Ketepikan air rebusan ayam
Bahan-bahan bergedil:
  • 3 biji kentang-dipotong dan di rebus
  • 1 biji bawang besar-dipotong dadu
  • 1 sudu besar rempah sup
  • 1 biji telur- dipukul
  • Garam secukup rasa
Cara membuat bergedil:
  1. Lecekkan kentang hingga lumat.Campurkan bersama bawang merah,rempah sup dan sedikit garam gaul hingga sebati.
  2. Buat bentuk bulat dan leperkan.Celup kedalam telur dan goreng hingga keperangan.Ketepikan.
Untuk Hiasan:
  • Sambal kicap
  • Suhun goreng
  • Bawang goreng
  • Daun saderi
Bahan Kuah:
  • 2 biji bawang merah-dikisar
  • 5 ulas bawang putih-dikisar
  • 2sm halia-dikisar
  • 1 batang serai-dikisar
  • 1sm lengkuas-dikisar
  • 1 peket rempah soto
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1 sudu kecil serbuk lada sulah 
  • 4 biji buah keras-tumbuk halus
  • 3000ml air rebusan ayam
Cara Membuat Kuah:
  1. Tumis bahan kisar hingga terbit bau.
  2. Masukkan air rebusan ayam tadi dan renehkan hingga kuah sebati.Masukkan rempah soto,serbuk ketumbar,lada sulah dan buah keras.Biarkan hingga mendidih.
  3. Hidangkan bersama nasi impit dan hiasan tadi.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Monday 24 September 2012

Masak Lemak Putih Labu


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar semua?...moga sihatlah hendaknya ye di samping tugas harian dan insan2 tersayang.
Tak ada apa yang menarik sangat di en3 kali ini cuma masakan kampung...masak lemak putih labu.Cara sis masak lemak labu ni memang ringkas sangat,main campak2 aje.Masak lemak ni sedap kalau di makan dengan ikan yang di goreng garing2 dan sambal belacan. 
 Sis sertakan resepi masak lemak putih labu di sini ye....kalau berminat bolehlah mencuba. 



Masak Lemak Putih Labu
Oleh:Norzie hany
  • 400gm labu- dipotong 
  • 100gm ikan bilis
  • 250ml santan pekat
  • 300ml santan cair
  • 1 labu bawang besar- dihiris
  • 2 ulas bawang putih- di hiris
  • 1 biji cili merah/hijau- di hiris
  • Sehelai daun kunyit - di carik
  • Garam dan gula secukup rasa.
Cara memasak:
  1. Satukan semua bahan-bahan di dalam periuk kecuali santan pekat. 
  2. Masak hingga labu empuk.
  3. Masukkan santan pekat dan perasakan dengan garam dan gula.
  4. Angkat dan bolehlah di hidangkan

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Sunday 23 September 2012

Cempedak Goreng Nestum


Assalamualaikum semua.
Sebenarnya ada cerita sikit mengenai cempedak goreng nestum ni.Hari jumaat baru2 ni sis pergi tesco dengan hubby....ternampak pulak buah cempedak,sis suruh la hubby pilih sebiji sementara sis pergi pilih buah-buahan yang lain.Bab pilih memilih buah yang tak nampak isi di dalam mmg sis percaya hubby lebih pandai dari sis.Sis pandang2 juga dari jauh yang hubby dok picit2 buah tu lepas tu cium2 baunya.Beli sebiji aje pun tapi agak besar juga buahnya.
Pagi semalam sis ingat nak buat sarapan maggie goreng dan nak goreng cempedak yang beli kat tesco tu.Bancuh tepung ikut dalam buku masakan Sajian Istimewa Shahriah Abdullah ,best buku resepi Sha ni...semua resepi dalam buku ni mudah di cuba dan sedap2 belaka.Masa sis tengah  buat adunan tepung ni hubby pulak muncul dan sis suruh dia tolong belah cempedak tu.Korang tahu tak....isi cempedak tu cuma ada 4 ulas aje lain semua jerami.Pandainya hubby ai pilih buah ye(ai tak marah pun cuma geram sikit aje)
Hubby ai cakap lain kali jangan bancuh tepung dulu....lepas tu kan dia kata,tak pe...kita balun maggie dulu lepas tu kita pergi cari cempedak.Lepas sarapan terus kami pergi kedai buah,banyak kedai buah yang kami singgah tapi tak ada jual cempedak...bukan musim cempedak sekarang.  
Cari lagi sampai Bukit Rambai tau....hubby cakap kalau tak ada juga kita patah balik dan pergi beli kat tesco.Dalam hati ai ni dah serik nak beli buah yang tak nampak isi kat pasaraya.Dalam perjalanan tu kan ternampak 2 biji buah cempedak bergantung kat kedai makan,sis suruh hubby pergi tanya dia jual tak buah tu.Sukanya hati bila tuan punya kedai makan tu kata memang cempedak tu untuk di jual.Sis suruh dia kopek sikit buah tu,nak tgk isi kat dalam...bukan tak percaya tapi takut pisang berbuah 2 kali.
Dapat sebiji cempedak yang beratnya 2kilo lebih dan isinya cukup rapat dan manis sgt2.Sampai rumah terus goreng.Time ni orang dah makan tengah hari tapi kami makan cempedak goreng nestum tau.  


Hubby ai cakap kalau buat berniaga mesti laku.Sedap sungguh resepi milik Shahriah ni.Kalau tiba musim cempedak nanti korang bolehlah cuba resepi ni ye.Sedap,rangup dan baunya pun wangi.Terima kasih Sha atas resepi ni...izinkan sis berkongsi resepinya di blog ni ye.
Cempedak Goreng Nestum
Oleh:Norzie hany

Bahan-bahannya:
  • 1 biji cempedak-ambil isinya
  • Minyak untuk menggoreng
  • 400gm tepung beras
  • 200gm nestum
  • 200ml air
  • Sedikit pewarna kuning
  • Garam & gula secukup rasa
Cara membuatnya:
  1. Campurkan tepung beras,nestum,air,garam dan gula.
  2. Masukkan sedikit pewarna kuning,kacau adunan hingga rata.
  3. Celupkan cempedak ke dalam bancuhan tepung dan goreng hingga keperangan.
  4. Angkat dan sedia di hidangkan. 

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Saturday 22 September 2012

Sambal Tumis Sotong Kembang



 Assalamualaikum semua. 
Merahnya nampak sambal sotong kembang ni ye,tapi jangan risau rasanya tak berapa pedas sebab sis biasa beli cili kering yang kurang pedas.Cili kering memang ada 2 jenis....yang pedas dan kurang pedas,cuma cili yang kurang pedas ni ada mahal sikit harganya. 
Pernah makan sambal tumis sotong kembang tak....eh mestilah pernahkan.Sambal sotong ni lagi sedap kalau makan dengan nasi lemak.
Resepinya mudah saja....jomlah cuba.




Sambal Tumis Sotong Kembang
Oleh:Norzie hany 

Bahan-bahannya:
  • 500gm sotong kembang-potong
  • Garam dan gula-secukup rasa
  • Air asam jawa-secukupnya
  • 1 biji bawang besar-hiris bulat2.
  • Minyak-untuk menumis.
Bahan kisar:
  • 20 tangkai cili kering-rebus dulu
  • 10 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 sm belacan
Cara memasak:

  1. Sotong di bersihkan dan toskan airnya.
  2. Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan bahan kisar.
  3. Tumis hingga terbit minyak dan masukkan sotong.
  4. Perasakan dengan air asam jawa,garam dan gula.Kacau dan biarkan seketika.
  5. Setelah sotong masak,masukkan bawang yang dihiris bulat dan biar sebentar.
  6. Angkat dan hidangkan.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Friday 21 September 2012

Kek Zebra



Kek Zebra atau kek belang kuda....janji ada belang2 kira jadilah kek ni ye.Resepi asal kek zebra ni dari Chef Amy Heng (secret recipes book) dan resepi ni sis cnp dari blog kakzu Semanis Gula.Apa pun sedap dan memang tak rugi mencuba.
Kalau sape2 teringin nak buat sendiri....Sis sertakan resepinya di sini ye.




Kek Belang Zebra

Oleh :Norzie hany
Sumber:Chef Amy Heng (secret recipes book)

Bahan bahan A
  • 250 gm telur putih ( dalam petisejuk )
  • 50 ml cold water
  • 170 gm gula castor
  • 1 1/2 tsp ovelette
  • 2 kuning telur
  • 200 gm tepung superfine ~ ayak
  • 3/4 tsp double action baking powder ~ ayak
  • 1 tsp vanilla
Bahan B:
  • 170 gm butter ( cairkan )
  • 2 sudu besar susu pekat
Bahan C
  •  2 sudu besar serbuk koko
Cara membuatnya:
  1. Putar kesemua bahan A hingga kembang dan gebu
  2. Masukkan bahan B dengan memutar speed paling perlahan
  3. Ambil 1/3 adunan dan masukkan serbuk koko
  4. Sediakan loyang 9 inci dan gris kannya
  5. Scop kan 2 sudu besar adunan original ke dalam loyang dan scop kan 1 sudu adunan coklat .Ulang hingge habis dan taburkan almonds nibs di atas nye. Setelah di bakar akan terhasil lah belang nye.
  6. Bakar pade suhu 180 C selame 50 minit
tips ~ jike kek sudah garing di atas nye tetapi kek masih belom masak  ~ tutup kan bahagian atasnye dengan aluminium foil dan teruskan membakar hingge kek masak dengan sempurna.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Thursday 20 September 2012

Nasi Beriani


 Assalamualaikum dan salam ceria.Semoga semuanya sihatlah hendaknya di samping keluarga dan tugas harian.
Hari tu dah janjikan nak bagi resepi nasi beriani...resepi sendiri dan ikut citarasa keluarga kami.
Nasi beriani ni sis gandingkan dengan beriani ayam,jelatah/acar darat dan papedom.
Kalau nak cuba sis sertakan resepinya di sini ye.



Nasi Beriani Bonda
Oleh:Norzie hany

Bahan-bahannya:

  • 3 cawan beras basmathi (saya guna Kashmir Faiza basmathi)
  • 3 cawan air
  • 1 sudu besar rempah beriani -jadikan pes(saya guna jenama adabi)
  • 1/2 cawan susu cair
  • 30 gm minyak sapi
  • 50 gm minyak masak
  • Garam secukup rasa
Bahan tumis:
  • 1 biji bawang besar-kisar
  • 2 ulas bawang putih-kisar
  • 1 batang kulit kayu manis
  • Sekuntum bunga lawang
  • 20 gm daun saderi atau daun ketumbar-potong kecil
  • 20 gm daun bawang -potong kecil
Bahan hiasan:
  • Pewarna kuning
  • Bawang goreng
  • Gajus goreng
  • Kismis
Cara Memasak:
  1. Basuh beras dan rendam selama 20 minit.Toskan
  2. Panaskan minyak masak dan minyak sapi,masukkan bahan tumis dan kacau hingga kekuningan.
  3. Masukkan rempah beriani dan kacau hingga naik bau.
  4. Masukkan air,susu cair dan garam.Setelah mendidih masukkan beras dan tutup rapat.
  5. Bila sudah kering,perlahankan api dan titis 3-4 tempat pewarna kuning diatas nasi.Biarkan dalam 5 minit.
  6. Kacau nasi dan biarkan sehingga masak dan bolehlah di tabur bawang goreng,gajus goreng dan kismis. 

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Jelatah/Acar Darat


Assalamualaikum dan selamat pagi semua.
Okay terus pada tajuk en3....Kalau ada kenduri atau majlis kahwin kat Melaka atau Johor, jelatah atau acar darat ni biasanya akan di hidangkan untuk tetamu bersama nasi minyak atau nasi beriani.Kalau sis pergi majlis kahwinkan....acar darat ni sis mesti ambil banyak sikit,tapi tak adalah penuh2 pinggan(banyak sikit aje).Suka dok meratah....ermmmm sedap.
Kat rumah pun sama kalau sis masak nasi minyak atau nasi beriani mesti nak ada jelatah ni.Buat banyak sikit....sis akan meratah macam makan kacang la pulak lagaknya.Hari ni kita berkongsi cara sis bikin acar ni....sis tahu ramai yang pandai buat sendiri acar mudah ni,tapi saje la niat di hati nak berkongsi acar kegemaran sis.Kalau korang buat jangan lupa buat banyak2....lepas tu meratah,meratah okay(Gurau aje).

Jelatah/Acar Darat
Oleh:Norzie hany
  • 2 biji timun
  • 1/4 biji nanas
  • 1 biji cili merah
  • 1 biji cili hijau
  • 1 biji bawang besar
  • Garam dan gula secukup rasa
Cara membuatnya:
  1. Semua bahan-bahan di hiris nipis.
  2. Satukan di dalam mangkuk besar dan masukkan garam dan gula.
  3. Kacau hingga sebati dan boleh juga masukkan kacang tanah kisar(jika suka).
  4. Sedia untuk di hidangkan.



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Wednesday 19 September 2012

Beriani Ayam


Assalamualaikum semua...moga semuanya sihat2 belaka di samping insan2 tersayang.
Baru aje lepas raya....jemu ke tengok lauk ayam atau daging.Tapi anak2 sis tak pernah jemu kalau di hidangkan lauk ayam hari-hari.Atas permintaan anak2 juga nak makan nasi beriani dan ayam beriani inilah yang di gandingkan dengan nasi tu.Resepi nasinya di en3 akan datang ye.
Ayam beriani cara sendiri....mudah aje nak masak dan bahan-bahannya pun senang dapat.
Jom kita berkongsi resepinya.


Beriani Ayam
Oleh:Norzie hany

Bahan-bahannya:
  • 1/2 ekor ayam-di potong dan bersihkan
  • 20 tangkai cili kering-kisar
  • 30 gm rempah beriani (saya guna adabi)
  • 20 gm sos tomato
  • 20 gm daun saderi
  • 20 gm daun bawang
  • 1 biji bawang besar-kisar
  • 2 ulas bawang putih-kisar
  • 50 gram susu cair
  • 500 ml air
  • Sedikit serbuk perisa,garam dan gula.
  • Minyak untuk menumis -secukupnya
Cara Memasak:
  1. Ayam di goreng kunyit terlebih dahulu.Jangan terlalu garing.
  2. Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih yang telah dikisar serta daun saderi dan daun bawang hingga kekuningan.
  3. Masukkan cili kisar,sos tomato,dan rempah beriani,kacau sebentar hingga rempah naik bau.
  4. Masukkan air dan susu cair dan kacau sebati.
  5. Akhir sekali masukkan ayam yang telah di goreng tadi dan perasakan dengan serbuk perisa(jika suka),garam dan gula.
  6. Biarkan sehingga mendidih dan kuahnya pekat sedikit.
  7. Angkat dan hidangkan.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Tuesday 18 September 2012

Apam Tapai


 Assalamualaikum dan salam ceria.
Apam ni di buat menggunakan tapai nasi.Dah selalu sangat baki nasi buat nasi goreng....jemu juga hari2 makan nasi goreng.Daripada nasi di buang sis campurkan dengan ragi untuk di jadikan tapai.Di sebabkan sis mmg penggemar tegar kuih apam,jadi bila makan sebarang apam pun rasa sedap aje.
Kalau bersarapan atau minum petang juadahnya kuih apam memang sis lah orang yang paling lambat tinggalkan meja makan.

Untuk adunan ni banyak juga dapat lebih kurang 30 biji gitu tapi bergantung pada saiz acuan yang di gunakan.




Apam Tapai
Oleh:Norzie hany

Bahan-bahannya:
  • 1 cawan nasi 
  • 1/4 tsp serbuk ragi (ragi yang telah di hancurkan)
  • 2 cawan tepung beras
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula pasir
  • 2 cawan air
  • 1 tsp eno
  • Pewarna (jika suka)
Cara membuatnya:
  1. Gaul nasi bersama serbuk ragi yang telah di hancurkan hingga sebati.Simpan/peram 1-2 malam sehingga nasi berair seperti tapai.
  2. Campurkan tapai nasi bersama semua bahan tadi kecuali eno.Blend supaya tidak bergentel.
  3. Perap selama 5-6 jam.
  4.  Panaskan pengukus dan balut penutupnya dengan kain.Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil.
  5. Campurkan adunan yang telah di perap tadi dengan serbuk eno.Kacau hingga sebati.
  6. Tuang adunan dalam acuan dan kukus selama 15 minit/hingga masak.
  7. Hidangkan bersama kelapa yang di gaul bersama garam.Boleh juga di makan tanpa kelapa.
*Kelapa yang telah di gaul garam boleh juga di kukus sekejap(cara ini kelapa tahan lama dan tidak cepat basi).

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Sunday 16 September 2012

Lontong / Nasi Impit Kuah Lodeh


Assalamualaikum dan selamat pagi kepada semua rakan2 yang sudi bertandang di sini.
Lontong ni sis masak semalam,tapi baru hari ni sempat buat en3.Memang dah lama betul sis tak buat lontong ni,kalau nak makan selalu beli aje.Kebetulan anak sulung sis pulang bercuti  sehingga hari isnin ni....dalam kepala sis ni terfikir macam2 nak masak untuk dia.
Jom kita tengok resepinya....cara sis masak lontong mudah aje.




Lontong / Nasi Impit Kuah Lodeh
Oleh:Norzie hany

Nasi impit-secukupnya
Telur- di rebus

Bahan Untuk kuah lodeh:
Bahan2 A (kisar):
  • 2 biji bawang besar
  • 1 sm kunyit hidup
  • 1 sm lengkuas
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 sm halia
Bahan B:
  • 2 batang serai-ketuk
  • 2 batang kacang panjang-potong
  • 100gm kobis bulat-potong
  • 1 biji lobak merah-potong
  • 1 biji sengkuang sederhana besar-potong
  • 2 keping tempe-goreng & potong
  • 1 keping tauhu -goreng & potong
  • 1 keping fucuk-rendam
  • 1 paket kecil-suhun-rendam
  • 3 biji cili merah- di hiris
  • 1sb udang kering/ikan bilis-tumbuk
  • 500ml santan cair
  • Sedikit minyak-menumis.
Bahan C:
  • 1000ml santan pekat
  • Garam dan gula secukup rasa
Cara membuat kuah lodeh:
  1. Panaskan minyak dan tumis bahan A hingga naik bau.
  2. Masukkan semua bahan B dan kacau sebentar hingga sayur layu sedikit.
  3. Akhir sekali masukkan santan pekat dan perasakan dengan gula dan garam.Kacau hingga sebati dan kuah mendidih.
Cara penyediaan lontong:
  1. Masukkan nasi impit dalam mangkuk dan curahkan kuah lodeh di atasnya.
  2. Lontong sedap di makan bersama telur rebus,sambal tumis ikan bilis atau sambal kacang.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Saturday 15 September 2012

Popia Basah


Assalamualaikum semua.
Kuih kegemaran sis....popia basah.Tercapai juga hajat nak buat sendiri....guna resepi dan cara sendiri. 
Jom....minum petang sama2.

Kulit popia,inti,sambal sos,bahan sampinga(telur dadar,kacang tanah tumbuk,bawang goreng) 





Popia Basah

Oleh:Norzie hany


Bahan-bahan untuk kulit:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 biji putih telur
  • 2 1/2 cawan air
  • 1 sudu besar cuka
  • 2 sudu besar minyak
  • Sedikit garam
Cara penyediaan:
  1. Satukan semua bahan2,blend supaya tidak bergentel.
  2. Perap adunan selama 1 jam.
  3.  Kemudian, ambil non stick pan dan panaskan dengan menggunakan api sederhana.
  4.  Ambil adunan tepung tadi dan layangkan bentuk bulatan pada kuali seperti buat kuih ketayap.
  5.  Biar hingga tepung masak dan angkat, tidak perlu diterbalikkan.
  6. Boleh di susun berlapis-lapis di dalam pinggan



Bahan-bahan inti:

  • 1 btg carrot ~ disagat/hiris halus
  • 1 mangkuk kobis yg telah dihiris halus
  • 1 biji sengkuang- di sagat/hiris halus
  • 1 biji bwg besar ~ mayang
  • 2 sudu besar udang kering dikisar
  • 3 batang daun bawang-hiris nipis
  • 1 sudu besar sos tiram
  • Sedikit minyak utk menumis
  • Garam dan gula secukupnya.



Cara penyediaan:

  1. Tumis bawang besar dan udang kering hingga layu.
  2. Masukkan carrot,sengkuang,dan kobis dan kacau hingga layu.
  3. Masukkan sos tiram,daun bawang dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Bahan-bahan untuk sos:
  • 100gm cili kering-kisar
  • 2 biji bawang besar-kisar
  • 4 ulas bawang putih-kisar
  • 1/2 cawan gula
  • 1 sudu besar gula perang
  • 1 sudi besar tepung jagung-bancuh dengan sedikit air.
  • Sedikit cuka dan garam
Cara membuat sos:
  1. Panaskan periuk dengan api perlahan.
  2. Masukkan bahan yang telah di kisar bersama gula,garam dan cuka dan sedikit air.
  3. Masukkan juga bancuhan tepung jagung utk memekatkan sos ini.
  4. Kacau hingga pekat dan bolehlah di angkat.
Bahan sampingan:
  • 2 biji telur-buat dadar nipis dan potong halus 
  • Kacang tanah ~ disangai, buang kulit dan ditumbuk.
  • Bawang goreng.
Cara penyediaan:
  1. Bentangkan kulit popia di permukaan yang rata.
  2. Sapukan sos di permukaan kulit popia hingga rata.
  3. Taburkan kacang tanah,bawang goreng,telur yang di hiris dan seterusnya masukkan sedikit inti.
  4. Gulung kemas dan sedia untuk di hidangkan.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...